Angkat berat congak langkah awal ke Sukan Komanwel 2026

Angkat berat congak langkah awal ke Sukan Komanwel 2026

Amirul Hamizan bercakap ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara hari ini. – Foto Bernama

PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) memulakan inisiatif awal dengan menubuhkan skuad pelapis pada Januari tahun depan sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel 2026.

Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, persetujuan dicapai bersama Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perkara itu dengan skuad pelapis berkenaan terdiri daripada atlet yang menyerlah di peringkat kebangsaan selain memenangi pingat emas dan perak di Sukan Malaysia (Sukma).

“Tujuh atlet dan seorang jurulatih akan kita ambil untuk berada dalam skuad pelapis itu. Kebanyakan atlet pelapis dalam lingkungan umur 14 hingga 21 tahun dan setakat ini kita sudah kenal pasti dua wanita dan lima lelaki.

“PABM juga dalam proses mengenal pasti jurulatih sesuai dan ia akan dirujuk semula kepada presiden untuk berbincang mengenai rancangan dan program yang boleh disediakan buat skuad itu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan di MSN, Bukit Jalil pada Isnin.

Scroll to Top