Angkat kisah pekerja Malaysia, iklan McD Singapura buat ramai menangis

Angkat kisah pekerja Malaysia, iklan McD Singapura buat ramai menangis

Bulan Ramadan kali ini merupakan Ramadan kedua umat Islam menjalani ibadah puasa dalam suasana pandemik. Lebih menyedihkan, ramai yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga disebabkan kekangan merentas negeri dan juga sempadan negara.

Hal ini membuatkan restoran makanan segera MacDonald dengan kerjasama kedua-dua buah negara menerbitkan video kisah pekerja Malaysia yang menjalani ibadah puasa di Singapura tanpa kehadiran keluarga.

Menerusi video yang diposting McDonald Singapura di Instagram, pihak mereka telah berkongsi kisah seorang pekerja dikenali sebagai Samsuri yang tetap tabah menjalani ibadah puasa tanpa kehadiran keluarga yang jauh di Malaysia.

Video berdurasi dua minit lebih ini telah dimuat naik kembali oleh salah seorang pekerja Malaysia di Singapura menggunakan akan NazmiHanafiah dan mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Pengguna Twitter itu juga sempat menitipkan pesan kepada rakan-rakan seperjuangannya di Singapura supaya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang turut sama meninggalkan komen diruangan sumber. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa sebak dan berharap supaya ahli keluarga yang terpisah kerana kekangan pandemik dapat bersua muka pada hari Raya nanti.

 

Sumber: mcdsg, NazmiHanafiah

 

 

 

Scroll to Top