Anita Sarawak Dan Suami Akhirnya Dijumpai Selepas Sekian Lama Menghilang | Oh! Media

Anita Sarawak Dan Suami Akhirnya Dijumpai Selepas Sekian Lama Menghilang | Oh! Media

Hilang tanpa berita sejak 2011, penyanyi terkenal Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah, kini muncul semula dengan khabar baharu yang mencuri perhatian ramai.

Bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil, baru-baru ini berkongsi satu hantaran menarik tentang keberadaan Kak Nita dan suaminya yang kini menetap di Las Vegas.

Anita Sarawak dihubungi melalui adik angkat

Roslen berjaya mendapatkan maklumat terkini penyanyi lagu Akhirnya Kini Pasti itu melalui Shuib Taib, adik angkat Anita. Menurutnya, Shuib membantu menghubungi pasangan tersebut dan akhirnya Roslen menerima jawapan langsung daripada Mahathir melalui WhatsApp.

Anita berasa sangat sedih dengan pemergian komposer Adnan Abu Hassan kerana mereka pernah bekerjasama suatu ketika dahulu.- Kata Mahathir dalam mesej tersebut.

Suami maklumkan isterinya, Anita Sarawak sudah lama bersara dari dunia seni…

Mahathir turut memaklumkan bahawa Anita tidak dapat memenuhi undangan konsert tribute untuk Allahyarham Adnan Abu Hassan yang dirancang pada tahun 2025 kerana beliau telah bersara sepenuhnya dari dunia hiburan.

Foto terbaharu mereka berdua yang dikongsi Roslen jelas mengubat rindu peminat terhadap pasangan ini.

Untuk pengetahuan korang, Anita Sarawak dan suaminya dilaporkan berhijrah ke luar negara pada 2011, meninggalkan dunia seni secara senyap.

#OhmediaNasihat

Kehidupan adalah tentang membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Seperti Anita, kadangkala kita perlu berundur untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan. Hargai keputusan orang lain dan terus doakan yang terbaik untuk mereka.


Scroll to Top