Antonelli tidak cedera dalam kemalangan berhampiran rumahnya

Antonelli tidak cedera dalam kemalangan berhampiran rumahnya

San Marino: Pemandu remaja Formula Satu (F1) Mercedes, Kimi Antonelli tidak cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran kediamannya di San Marino pada hujung minggu lalu, menurut kenyataan pasukan itu, hari ini.

Pelumba Itali berusia 19 tahun itu, yang pasukannya memulakan ujian pramusim di Bahrain pada Selasa, lulus ujian memandu tahun lalu.

“Kimi terbabit dalam satu kemalangan trafik pada malam Sabtu berhampiran rumahnya di San Marino,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

“Polis hadir ke lokasi kejadian selepas dihubungi oleh Kimi. Hanya sebuah kenderaan terbabit dan walaupun keretanya mengalami kerosakan, Kimi langsung tidak cedera.”

Akhbar Gazzetta dello Sport melaporkan kereta sukan Mercedes itu melanggar dinding.

Namun, tidak jelas siapa yang memandu ketika kejadian.

Rakan sepasukan Mercedes, George Russell dianggap antara pilihan utama untuk merebut kejuaraan pramusim, manakala Antonelli berharap dapat meraih kemenangan grand prix pertama dalam kariernya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top