Antonio bikin Tottenham berputih mata di London

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

JARINGAN babak kedua Michail Antonio sudah cukup membolehkan West Ham United meraih tiga mata berharga ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspur pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London malam ini sekali gus kekalahan keempat anak buah Nuno Espírito Santo di laman lawan musim ini.

West Ham yang menerima kunjungan Tottenham untuk derbi London itu berdepan misi hanya kemenangan mampu menyisihkan The Hammers dari pesaing terdekat The Spurs ternyata hanya menguasai 37 peratus penguasaan berbanding pelawat sebanyak 63 peratus.

Kemenangan anak buah David Moyes itu menyaksikan kelab London tersebut naik ke tangga keempat liga selepas mengumpul 17 mata setelah mengharungi sembilan perlawanan.

Sementara itu, kelab kendalian Espírito Santo pulang tangan kosong ke utara London kekal berada di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 15 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan liga