Anwar Ibrahim Dakwa Tun Mahathir Bersalah Tapi Umur Dah 100

Anwar Ibrahim Dakwa Tun Mahathir Bersalah Tapi Umur Dah 100

Oh! Negara

Anwar Ibrahim dedah Tun Mahathir tidak didakwa isu Batu Puteh sebab usia, tapi tetap dianggap bersalah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelaskan, kerajaan takkan ambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyerahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Alasannya? Faktor usia Mahathir yang kini sudah mencecah 100 tahun.

Menurut Anwar, walaupun Tun Mahathir tetap dianggap bersalah kerana keputusan beliau semasa mentadbir pada tahun 2018, tindakan undang-undang tidak akan diambil kerana menghormati faktor usia beliau yang lanjut.

Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.- Jelas Anwar di Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim tetap anggap tindakan Tun Mahathir satu kesilapan besar…

Tun Mahathir

Dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri, Anwar menegaskan bahawa keputusan Tun Mahathir untuk menarik balik semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura adalah satu kesilapan besar.

Beliau turut menyindir pihak pembangkang yang menurutnya kini diam dalam isu yang melibatkan maruah negara, terutama rakyat Johor.

Ini soal maruah. Kalau Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor dalam soal penyerahan Pulau Batu Puteh. Kenapa ‘double standard’ dalam hal ini?

RCI dedah kerajaan Tun Mahathir tarik balik semakan secara sepihak…

Tun Mahathir

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang telah dinyahklasifikasi pada Disember lalu turut mendedahkan bahawa kerajaan ketika ditadbir Tun Mahathir membuat keputusan secara sepihak untuk menarik balik permohonan menyemak dan mentafsir keputusan ICJ 2008.

Disebabkan tindakan ini, siasatan jenayah terhadap Tun Mahathir sebelum ini pernah dicadangkan di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua dapat nilai betapa pentingnya ketegasan dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Walaupun isu ni melibatkan pemimpin besar, tindakan dan keputusan tetap tak boleh diambil mudah. Jangan sampai keputusan hari ini jadi penyesalan generasi akan datang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top