Pelakon dan personaliti popular Anzalna Nasir tampil dengan kenyataan tegas di laman Threads hari ini apabila menegur segelintir pihak yang hanya menggunakan populariti mereka untuk kepentingan sendiri.
Dalam hantaran tersebut, Anzalna mempersoalkan tujuan mempunyai berjuta-juta pengikut di media sosial sekiranya ia hanya digunakan untuk mempromosikan perniagaan atau kepentingan peribadi semata-mata.
BACA: Netizen Ugut Boikot, Anzalna Nasir Dedah Pengikut Makin Bertambah
“Apa gunanya mempunyai berjuta pengikut jika ia hanya digunakan untuk kepentingan peribadi atau perniagaan semata-mata. Gunakan pengaruh anda sebaik mungkin bukan hanya untuk perniagaan, tetapi juga untuk memberi suara kepada perkara yang benar-benar memerlukan perhatian,” tulisnya.

Beliau turut mengingatkan rakan-rakan selebriti dan influencer supaya tidak takut kehilangan rezeki jika bersuara tentang isu-isu penting.
“Jangan takut rezeki akan terjejas, percayalah, rezeki semuanya datang dari Allah,” katanya lagi.
Hantaran penuh makna itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial yang menyokong pandangan tersebut, sekali gus mencerminkan harapan agar lebih ramai figura terkenal menggunakan pengaruh mereka ke arah kebaikan.




