Apa titik pertembungan antara Donald Trump dan Benjamin Netanyahu?

Apa titik pertembungan antara Donald Trump dan Benjamin Netanyahu?

– Advertisement –

AMERIKA Syarikat dan negara haram Israel berkongsi maslahah yang sama antara satu sama lain. Maslahah Amerika Syarikat ialah mengekalkan kuasa hegomoni impirealis Barat yang diwarisi sejak Perang Dunia Pertama dan Kedua. Manakala maslahah negara haram Israel pula ialah penerusan matlamat gerakan Zionisme yang mahu menguasai Palestin dan Timur Tengah.

Keretakan hubungan antara pentadbiran Donald Trump dan Benjamin Netanyahu terang lagi bersuluh sebagaimana laporan media utama negara haram Israel seperti Haaretz, Jerusalem Post dan Maariv.

Ia dikuatkan lagi apabila lawatan Donald Trump ke Timur Tengah tidak merangkumi lawatan ke negara haram Israel.

Donald Trump dan Benjamin Netanyahu sependapat dalam matlamat menghapuskan pejuang Palestin dan semua jaringannya sama ada dalam mahupun luar Palestin.

Namun wujudnya titik pertembungan dari sudut uslub dan kaedah.

Pentadbiran Donald Trump melihat agenda penghapusan ancaman di atas melalui jalan politik dan diplomasi seperti menghalang sumber kewangan HAMAS serta menghalau dan memulau pemimpinnya. Dalam masa yang sama menekan negara-negara yang menyokongnya seperti Iran, Yaman, Lubnan dan Qatar.

Manakala Benjamin Netanyahu pula melihat ancaman ini mesti dihapuskan dengan jalan kekerasan dan ketenteraan melalui penghapusan etnik di Gaza dan serangan ke atas Yaman, kepentingan Hizbullah di Lubnan sehingga paling ekstrem menyerang loji nuklear Iran.

Jurang ini jelas kelihatan apabila Benjamin Netanyahu tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pentadbiran Donald Trump seperti menghentikan operasi ketenteraan di Yaman, berunding dengan HAMAS dan melayan Iran dalam perundingan program nuklear.

Benjamin Netanyahu berdepan dengan tekanan yang begitu kuat dari kalangan kumpulan sekular Zionis seperti Ehud Barak dan lain-lain yang lebih cenderung dengan pendekatan Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama kumpulan eksterimis Zionis Yahudi yang berada dalam kerajaan beliau pula menekan supaya pendekatan kekerasan diteruskan tanpa mengira apa risikonya.

Benarlah maksud firman Allah SWT dalam surah al-Hasyar yang menyebut bahawa golongan Yahudi yang memusuhi Islam ini hati-hati mereka berpecah antara satu sama lain.

Semoga Allah SWT memecahbelahkan mereka dan memberi pertolongan kepada saudara kita di Palestin yang sedang berjuang.

YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
17 Mei 2025 – HARAKAHDAILY 17/5/2025

– Advertisement –

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –

Scroll to Top