Hari Bapa tak lama saja lagi ni, korang mesti pening kepala fikir nak bagi hadiah apa kan? Asyik-asyik belanja makan, tak pun beli dompet atau tali pinggang atau baju… Bosannya!
Walaupun bapa-bapa ni sebenarnya simple dan sempoi je, tak kisah dapat hadiah apa pun, tapi untuk tahun ni apa kata korang bagi hadiah yang luar biasa sikit!
Kalau tanya kami, jujur cakap kalau nak serlahkan aura maskulin ayah korang tu, apa kata korang belikan minyak wangi bertaraf ‘luxury’.
Jom kami kongsikan antara top perfume dekat Sa Sa!
Mercedes-Benz Club Black EDT Gift Set

Kalau ayah korang jenis yang selalu pergi event, tak kisahlah event kerja atau event keluarga, haruman Mercedes-Benz Club Black EDT ni pastinya akan menarik perhatian ramai orang!
Bayangkan, minyak wangi ini dimulakan dengan Top Note bergamot yang memberikan haruman kesegaran sitrus, kemudian beralih kepada Middle Note incense dan jasmine yang membawa aroma smoky, pastinya ia dapat mencuri perhatian orang di sekeliling.
Tapi! Kehebatan utama wangian ini terletak pada Base Note hasil gabungan vanila mewah, benzoin, ambroxan dan nota kayu-kayuan yang memberikan daya tahan haruman luar biasa.
Mesti korang terfikir, kenapa kami kata ianya adalah pilihan yang tepat untuk menghadiri event? Tahu tak, bau Mercedes-Benz Club Black EDT ni akan overpower apabila terkena udara sejuk dan dalam persekitaran yang santai tau. Psst, ia juga sesuai digunakan pada dinner date.

Jadi, kalau korang nak dapatkan Mercedes-Benz Club Black EDT ini, pastikan korang dapatkan set hadiah terus sebab lagi berbaloi! Dalam set ini, korang akan dapat minyak wangi bersaiz 100ml, Shower Gel 100ml dan Pen Spray 10ml!
Mercedes-Benz Sign EDP Gift Set

Dengan cuaca Malaysia yang panas terik dan berbahang ni, ada satu lagi wangian tak kurang hebatnya dan boleh digunakan pada setiap hari tanpa perlu risau bau tengik!
Wangian yang kami maksudkan ini adalah Mercedes-Benz Sign EDP. Wangian bertaraf bintang ini dibuka dengan Top Note guatemalan cardamom, violet leaf dan pink pepper untuk kesegaran rempah yang memikat pada semburan pertama.
Ia kemudian berkembang ke bahagian Middle Note aromatik yang menggabungkan kesegaran orange blossom, lavender dan rose geranium yang memberikan karakter seimbang.
Haruman mewah ini kemudian dikunci kemas dengan Base Note yang kaya daripada kombinasi tonka bean, cashmere wood dan woody patchouli.
Daripada semua notes yang kami nyatakan ini, vibe yang dibawa oleh Mercedes-Benz Sign ini sangat melambangkan kemewahan, sofistikasi dan aura kejayaan seorang lelaki sejati tau!
Disebabkan profil baunya yang sangat dinamik dan maskulin, ia sangatlah sesuai untuk digunakan sewaktu menghadiri mesyuarat korporat, urusan kerja rasmi, majlis rasmi atau apa-apa saja acara kasual.
Istimewanya kalau korang beli Mercedes-Benz Sign EDP edisi set hadiah ini di Sa Sa, ia didatangkan khas bersama botol wangian utama bersaiz 50ml dan juga sebotol Shower Gel 100ml yang eksklusif tau!
Police To Be Born To Shine EDT (75ML)

Selain wangian Mercedes-Benz, Police To Be Born To Shine juga adalah salah satu minyak wangi yang top dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian pada pelbagai jenis acara.
Apa yang best dengan wangian ini adalah ia membawa vibe yang sangat mewah dan bertenaga sebab ia menggabungkan kesegaran buah-buahan dengan kehangatan rempah ratus, serta elemen maskulin yang sangat memukau.
Semburan pertama dibuka dengan kesegaran Top Note yang ceria daripada gabungan mandarin, apple dan mint. Kemudian berkembang ke fasa Middle Note yang seksi dan hangat melalui adunan rempah ratus daripada cinnamon, lavender dan cardamom.
Kehebatan bauan ini dikunci kemas oleh Base Note yang sangat maskulin, mendalam dan tahan lama hasil kombinasi amber, leather dan patchouli. Campuran notes ini memberikan ketahanan bauan yang mantap sepanjang hari tau.
Disebabkan profil baunya yang dinamik, Police To Be Born To Shine ini direka khas untuk lelaki yang nak jadi pusat perhatian ramai, sesuai sangat digunakan untuk aktiviti santai seperti keluar berjalan-jalan, sesi lepak minum kopi atau aktiviti riadah kasual pada hujung minggu.
Hackett Essential EDP (100ML)

Kalau ayah korang mempunyai imej dan vibe klasik, timeless, bersih dan sofistikasi moden, korang kena dapatkan Hackett Essential EDP! Ia direka khas untuk lelaki yang mementingkan kekemasan serta mahu menonjolkan aura penuh keyakinan diri tau!
Semburan awal dibuka dengan Top Note yang sangat segar dan tajam hasil gabungan nota pink pepper serta coriander seed, kemudian beralih lembut ke fasa Middle Note aromatik yang menggabungkan elemen lavender, geranium dan kemanisan pineapple.
Akhir sekali, ia dikunci kemas oleh Base Note yang kaya, hangat dan maskulin hasil kombinasi amber, cedarwood, patchouli dan tonka bean, menjadikan struktur bauan yang sangat kemas serta premium sepanjang hari.
Daripada notes-notes yang kami nyatakan ini, ianya sangat sesuai digunakan untuk kegunaan harian di tempat kerja, terutamanya dalam pejabat yang berhawa dingin, memberikan impresi yang sangat profesional kepada sesiapa saja yang menghidunya.
Selain itu, Hackett Essential EDP juga sangat ngam untuk dipakai sewaktu menghadiri mesyuarat penting, urusan temuduga, majlis rasmi atau ketika janji temu makan malam.
BMW Bergamood & Amberness EDP (100ML)

Koleksi berkembar daripada BMW ini menawarkan dua vibe yang sangat berbeza untuk disesuaikan mengikut personaliti lelaki.
Bergamood membawa aura kesegaran sitrus, manakala Amberness pula menonjolkan elemen kemewahan yang hangat dan eksklusif.

Untuk BMW Bergamood, Top Note dibuka segar dengan gabungan bergamot, mandarin dan lemon, sebelum disusuli Middle Note daripada sea salt serta lavender. Ia diakhiri dengan Base Note daripada amberwood dan patchouli, memberikan bau segar seperti baru lepas mandi.

Bagi BMW Amberness pula, ia dibuka dengan Top Note daripada cardamom dan pink pepper, diikuti Middle Note yang sedikit berempah daripada cinnamon serta clary sage. Wangian ini kemudian ditutup dengan Base Note yang hangat daripada amber, tonka bean dan vanilla.
Dari segi kesesuaian acara, BMW Bergamood sangat perfect untuk kegunaan pada waktu pagi sebelum keluar rumah, nak pergi kerja atau semasa melakukan aktiviti sukan kerana harumannya sangat membangkitkan tenaga.
Sebaliknya, untuk BMW Amberness pula, ia sangat ngam untuk digayakan pada sebelah petang atau malam, terutamanya sewaktu menghadiri acara semi-formal, perjumpaan korporat penting, majlis makan malam yang eksklusif atau masa keluar bersantai dengan rakan-rakan.
Scalpers Yacht Club EDP

Boleh dikatakan hampir semua wangian yang kami ceritakan sebelum ini semuanya mempunyai haruman yang strong dan sangat maskulin. Jadi, untuk wangian terakhir ini, khas untuk ayah-ayah yang mempunyai vibe chill, segar, akuatik, dan bersih.
Scalpers Yacht Club EDP adalah wangian yang mempunyai profil baunya sangat sofistikated, menggabungkan elemen kesegaran akuatik yang digandakan dengan nota kayu-kayuan yang bold tau.
Semburan pertama membebaskan Top Note yang kuat dan menyegarkan daripada kombinasi buah lemon, pink pepper dan cardamom. Bauan ini kemudian berkembang ke fasa Middle Note yang unik hasil adunan note sand, coconut wood serta vetiver.
Akhir sekali, haruman maskulin ini dikunci rapat oleh Base Note yang mendalam dan memberikan daya ketahanan tinggi hasil gabungan amber, patchouli dan blue cedar, memastikan bauan kekal melekat pada kulit walaupun aktif bergerak.
Apa yang best dengan Scalpers Yacht Club ini adalah ia mempunyai karakter marine dan akuatik yang dominan, menjadikan ia sangat sesuai digunakan sebagai wangian harian dalam cuaca panas di Malaysia tau.
Scalpers Yacht Club ini juga sangat ideal untuk ayah korang yang gemar melakukan aktiviti outdoor, bersukan, pergi jogging, memandu jarak jauh atau sewaktu keluar berjalan-jalan santai bersama keluarga pada hujung minggu.
Sambut Hari Bapa Bersama Sa Sa!
Amacam geng? Korang dah tahu ke nak beli minyak wangi yang mana satu untuk ayah korang tahun ni? Jangan tunggu last minute, nanti melepas!
Kalau masih belum pasti nak pilih yang mana satu, singgah saja ke cawangan Sa Sa berdekatan dan cuba sendiri pelbagai pilihan wangian yang tersedia. Mana tahu, korang akan temui wangian yang paling sesuai dengan personaliti ayah korang.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sa Sa, atau ikuti media sosial Sa Sa di Facebook dan Instagram untuk update terkini!
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




