Harga minyak mentah Brent turun bawah AS$88 setong buat kali pertama sejak 17 April

Harga minyak mentah Brent turun bawah AS setong buat kali pertama sejak 17 April
Harga minyak mentah Brent turun bawah AS setong buat kali pertama sejak 17 April

Harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras AS$88 setong buat pertama kali sejak 17 April – Gambar fail Bernama

HARGA minyak global susut kira-kira empat peratus, dengan harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras AS$88 setong buat pertama kali sejak 17 April, menurut data dagangan pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 07:58 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran Ogos susut 3.97 peratus kepada US$87.73 setong, menandakan kali pertama sejak 17 April harga jatuh di bawah paras AS$88.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai merosot 2.86 peratus kepada AS$85.20 setong. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top