“Apa Yang Kau Kalut Sangat Nak Pakai Kostum” – Isa Khan Kesal Artis Islam Sambut Halloween

“Apa Yang Kau Kalut Sangat Nak Pakai Kostum” – Isa Khan Kesal Artis Islam Sambut Halloween

Pelakon Isa Khan meluahkan rasa kesal melihat segelintir orang Islam termasuk selebriti meraikan sambutan Halloween.

Menerusi satu video, Isa berkata sambutan tersebut tidak sepatutnya diraikan oleh Islam kerana boleh memesongkan akidah.

BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

“Aku tengok banyak sangat umat Islam, malah artis  sibuk raikan Halloween. Kau tahu ke apa Halloween sebenarnya? Halloween sebuah ritual seolah meraikan roh-roh orang yang sudah mati. Perkara ini boleh buatkan terpesong akidah.

“Apa yang kalut sangat nak pakai kostum, nak rai sambutan yang orang Kristian sendiri tak sambut Halloween?” katanya.

Sementara itu, Isa turut mengingatkan untuk melakukan kewajipan sebagai umat Islam serta meninggalkan larangan Allah. 

“Kita ni dah banyak dosa, tak perlu ditambah lagi nak rai sambutan yang bukan untuk umat Islam. Ini antara perkara yang boleh pesongkan akidah, boleh tutup pintu hati. Kadang-kadang, benda ni lah buat kita liat nak solat, baca al-Quran. tapi kita selalu salahkan Allah, cakap Allah tak bagi hidayah.

“Sedangkan tindakan kita sendiri yang membuatkan kita berat taat perintah Allah. Tinggalkan perkara yang tidak sepatutnya, kembali ke jalan Allah,” katanya.


Scroll to Top