Pelakon Aprena Manrose mengesahkan dia sudah berpisah dengan suami, Mohd Afiq Hazman.
Aprena berkongsi mengenai status rumah tangganya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Di hantaran terbabit, Aprena berkongsi foto momen mesra bersama Afiq.

“Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Yes, I am no longer Afiq’s wife.
“Kalau ada jodoh tak kemana. Good bye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal,” tulis Aprena.
Terus mendoakan agar Afiq bahagia, anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan ini memutuskan untuk berkongsi status dirinya bagi mengelak kekeliruan.
Tidak berkongsi sebab mengapa perpisahan terjadi, pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, turut memohon doa orang ramai agar dia dapat mengharungi fasa baharu ini.
“Tiada lagi kita. Terima kasih atas RASA yang diberi. rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu.
“Since lately banyak media yang call dan bertanyakan tentang my status. So here it is the statement. Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aprena mendirikan rumah tangga bersama Afiq pada 2016 dan mereka belum dikurniakan anak.




