APU melahirkan Jurutera siap siaga tempuhi cabaran masa depan

APU melahirkan Jurutera siap siaga tempuhi cabaran masa depan

Tanpa kita sedari, setiap kemudahan yang kita nikmati hari ini daripada stesen teleperubatan pintar sehinggalah sistem pengangkutan autonomi, ianya adalah hasil daripada sentuhan inovasi jurutera.

Inovasi inilah yang  memastikan penyelesaian kejuruteraan bukan sekadar berfungsi, malah memberi impak yang nyata.

Contohnya, mesin autonomi untuk membantu petani dan stesen pengecas kenderaan elektrik yang menyesuaikan kadar pengecasan mengikut cuaca.

Namun, apakah yang mendorong kemajuan kejuruteraan ke tahap ini?

Dengan ledakan kecerdasan buatan (AI), robotik dan Internet Pelbagai Benda (IoT), keupayaan jurutera masa kini bukan hanya diukur melalui kepakaran teknikal, bahkan kebolehan mereka menjangkakan keperluan masa depan dari tenaga lestari hingga pembangunan bandar pintar.

Hal ini membuktikan bahawa  inovasi adalah nadi kerjaya kejuruteraan di mana ianya dapat menggabungkan kreativiti dalam penyelesaian masalah yang menekankan impak dunia nyata secara langsung.

Bayangkan, prototaip mesin berautonomi yang mampu membantu petani, atau stesen pengecas EV pintar yang menyesuaikan kadar arus elektrik mengikut cuaca, semua ini tercetus daripada “jiwa” inovatif seorang jurutera.

Adakah kejuruteraan sesuai untuk anda?

Bidang kejuruteraan bukan hanya untuk mereka yang berfikir secara logik semata-mata malah bidang ini terbuka kepada sesiapa yang memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, ketekunan dan jiwa yang kreatif.

Justeru, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dengan teknologi dan ingin tahu bagaimana sesuatu ciptaan dihasilkan, bidang kejuruteraan menjanjikan peluang pekerjaan luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), pembelajaran kejuruteraan tidak terhad kepada  teori sahaja, malah pelajar akan didedahkan dengan pengalaman praktikal melalui pembinaan, pengujian dan inovasi secara menyeluruh.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan APU, Ir Ts Dr Denesh Sooriamoorthy berkata, pengajian kejuruteraan di APU tidak hanya tertumpu pada teori semata-mata, tetapi merangkumi proses pembinaan, pengujian dan inovasi secara menyeluruh.

“Kesemua program ijazah kejuruteraan di APU mendapat akreditasi penuh daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui Washington Accord.

“Ini memberikan graduan asas yang kukuh untuk bersaing di arena global,” katanya.

Malah, keempat-empat program kejuruteraan di APU diakreditasi Lembaga Jurutera Malaysia dan diiktiraf Washington Accord sijil jaminan untuk bersaing di pentas dunia.

Laluan fleksibel, pendedahan industri

APU turut menawarkan laluan pengkhususan dalam bidang berimpak tinggi seperti robotik, kenderaan elektrik dan IoT, serta pengkhususan minor di dalam AI, UAV dan data sains.

Pelajar juga berpeluang menjalani latihan industri dan program pertukaran luar negara, memberikan gambaran sebenar dunia kerjaya kejuruteraan.

Prof Madya Ir Ts Dr Sivakumar Sivanesan, Ketua Fakulti Kejuruteraan APU berkata laluan pengkhususan dan minor yang disediakan mewakili masa depan amalan kejuruteraan yang melangkaui industri.

“Keupayaan pelbagai disiplin ini membolehkan graduan menyelesaikan cabaran moden dari pertanian pintar hingga pengangkutan autonomi,” katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor APU, Prof Dr Ho Chin Kuan turut berkata, kepentingan AI sebagai pemacu utama dalam industri dan ekonomi digital.

“Kami memastikan pelajar mahir dalam bahasa pengaturcaraan supaya mereka boleh berkembang maju dalam mana-mana disiplin kejuruteraan, “katanya.

Graduan APU, pemimpin perubahan

Menurut Ir Ts Dr Denesh Sooriamoorthy, pelajar kejuruteraan di APU bukan sekadar penyelesai masalah, malah mereka adalah pereka dan pemimpin perubahan yang berperanan membentuk masa depan lebih baik.

“Bagi lepasan SPM yang berminat, bercita-cita tinggi dan bersedia menghadapi cabaran dunia baharu, inilah peluang yang menanti.

“Dengan kurikulum bertaraf antarabangsa, pendedahan kepada projek dunia sebenar serta jaringan kukuh bersama industri, pensijilan dari APU menjadi batu loncatan ke arah kerjaya yang cemerlang dan perubahan bermakna di peringkat global,” katanya.

Menyemai inovasi dalam kalangan jurutera bukan sekadar melahirkan pereka mesin tetapi ia menjiwai proses perubahan yang memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Jika anda bercita-cita tinggi, bersedia melangkah ke arah kerjaya bermakna dan penuh cabaran, kejuruteraan di APU mungkin adalah permulaan terbaik untuk karier cemerlang anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.apu.edu.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top