06 Mac 2026 11:07am
Masa membaca: 4 minit

Imej satelit di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi. – Gambar fail Agensi
ISTANBUL – Arab Saudi memaklumkan pada awal Jumaat bahawa ia telah memintas tiga peluru berpandu balistik yang menyasarkan Pangkalan Udara Prince Sultan, dalam perkembangan terbaharu yang mencerminkan impak peluasan ketegangan ketenteraan di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak susulan perang yang sedang berlaku antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) di satu pihak, menentang Iran di pihak yang lain.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, konflik berkenaan telah melibatkan tindakan berbalas serangan peluru berpandu dan dron di beberapa bahagian di Timur Tengah, termasuk rantau Teluk.
Perkembangan itu juga berlaku dalam konteks serangan berulang yang menyasarkan Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang lain dengan Iran didakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap kemudahan ketenteraan serta ekonomi di rantau itu.
Peningkatan konflik ini menimbulkan kebimbangan yang semakin meruncing terhadap kemungkinan berlakunya konfrontasi serantau yang lebih luas serta kesan ekonomi, terutamanya kepada pasaran tenaga global.
Ini memandangkan peranan utama yang dimainkan oleh negara-negara Teluk dalam membekalkan minyak dan gas ke pasaran antarabangsa.- Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Arab Saudi memintas tiga peluru berpandu balistik yang menyasarkan Pangkalan Udara Prince Sultan
- Serangan tersebut berlangsung ketika ketegangan serantau meningkat akibat perang antara Israel dan AS menentang Iran
- Konflik melibatkan serangan balas peluru berpandu dan dron di Timur Tengah termasuk di kawasan Teluk
- Iran didakwa melakukan serangan terhadap kemudahan ketenteraan dan ekonomi di Arab Saudi dan negara Teluk lain
- Peningkatan konflik mengundang kebimbangan terhadap kemungkinan konfrontasi serantau lebih luas dan kesan kepada pasaran tenaga global



