Arab Saudi tahan lelaki, wanita terbabit iklan perkhidmatan haji palsu

Arab Saudi tahan lelaki, wanita terbabit iklan perkhidmatan haji palsu

Makkah: Rondaan keselamatan Arab Saudi di Makkah menahan seorang lelaki dan wanita warga Mesir kerana melakukan penipuan dan memperdaya orang ramai dengan menyiarkan iklan palsu serta mengelirukan mengenai perkhidmatan haji di platform media sosial, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Susulan penahanan itu, tindakan undang-undang telah diambil terhadap kedua-dua mereka sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya.

Keselamatan Awam Arab Saudi menyeru semua pihak supaya mematuhi peraturan dan arahan berkaitan haji, serta segera melaporkan individu yang melanggar peraturan dengan menghubungi talian (911) bagi wilayah Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, serta (999) di wilayah lain negara itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top