“Ardell Hantar Bantuan, Kenapa Saya Dikecam Cakap Suami Tak Guna Biarkan Isteri Ke G?”

“Ardell Hantar Bantuan, Kenapa Saya Dikecam Cakap Suami Tak Guna Biarkan Isteri Ke G?”

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kesal mengapa dia dikecam susulan membenarkan isterinya, Ardell Aryana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi sesi siaran langsung, Nadzmi berkata orang biasa boleh saja menyertai misi berkenaan namun ianya memperlukan komitmen kewangan dan masa apatah lagi mengambil tempoh hampir sebulan ke sana.

BACA: Nadzmi Adhwa Kongsi Momen Hantar Ardell Aryana Ke Gaza Undang Sebak

Menurut Nadzmi, keluarganya berada dalam kedudukan yang membolehkan isterinya meyertai misi berkenaan dimana Ardell boleh ke sana dan dia menguruskan perniagaan serta mencari rezeki.

“Alhamdulillah Allah dah rezekikan kami, ada rezeki lebih sikit. So Ardell pergi tak apa, saya boleh lagi cari duit. Cari rezeki untuk anak-anak semua macam tu. So duit yang ada lebih untuk disalurkan, boleh dia bawa,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi berkata mereka yang menyertai misi tersebut hanya memikirkan jalan menuju Allah sahaja, serta menjelaskan isterinya ke sana untuk menghantar bantuan bukan berperang.

Jelas Nadzmi lagi, dia turut mengingatkan isterinya mengenai niat untuk ke sana adalah untuk membantu mangsa konflik.

“Mereka dah nampak Allah sahaja. Sudah tak fikir mengenai keselamatan sendiri, Mereka sudah tak fikir. Macam mana kau (netizen) nak cakap aku banggang ni? Mereka ini memang dipilih,hebat.

“Mereka pun tak tahu mereka berani atau tidak. Mereka pergi memang tak nampak apa dah. Memang jalan menuju Allah sahaja.

“Sebab itu saya cakap dengan Ardell, luruskan niat, luruskan niat.  Niat kita adalah nak bantu. Yang penting kita dapat bantu, dapat balik Alhamdulillah. Tak dapat balik itu kisah kedua. Yang penting bantu dulu.

“Sebab selagi niat tu tak sampai, tak sampai niat tu. Niat nak tolong orang, tolong dulu. Tapi tak apalah, saya pedulilah apa orang nak kata saya ni suami yang teruk,” katanya.

Sumber: Threads


Scroll to Top