Argentina, Mesir rombak kesebelasan

Argentina, Mesir rombak kesebelasan

Atlanta: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni melakukan tiga pertukaran dalam kesebelasan utamanya bagi aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Mesir hari ini, dengan penyerang Lautaro Martinez digantikan oleh Julian Alvarez.

Bek kiri, Nicolas Tagliafico dan pemain tengah, Leandro Paredes turut disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi menggantikan Facundo Medina serta Thiago Almada.

Sementara itu, jurulatih Mesir, Hossam Hassan membuat dua pertukaran apabila memasukkan penyerang, Haissem Hassan dan pemain tengah, Mohanad Lashin menggantikan Omar Marmoush serta Hamdy Fathy.

Argentina mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Cape Verde 3-2 menerusi masa tambahan manakala Mesir menyingkirkan Australia 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pemenang perlawanan ini akan menentang Switzerland atau Colombia yang dijadual beraksi selepas ini dalam saingan suku akhir.

Kesebelasan utama Argentina:Emiliano Martinez; Nahuel Molina, Cristian Romero, Lisandro Martinez, Nicolas Tagliafico; Enzo Fernandez, Rodrigo De Paul, Leandro Paredes, Alexis Mac Allister; Lionel Messi, Julian Alvarez.

Kesebelasan utama Mesir:Mostafa Shoubir; Mohamed Hany, Yasser Ibrahim, Ramy Rabia, Karim Hafez; Mohanad Lashin, Emam Ashour, Marawan Attia, Mostafa Zico; Mohamed Salah, Haissem Hassan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top