East Rutherford: Juara bertahan, Argentina dan juara Eropah, Sepanyol masih buntu tanpa jaringan pada babak pertama final Piala Dunia 2026 di Stadium MetLife, hari ini.
Sepanyol lebih menguasai permainan sepanjang 45 minit pertama, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk membuka tirai jaringan.
Bintang muda berusia 19 tahun, Lamine Yamal hampir meletakkan Sepanyol di depan menerusi percubaan awal, namun gagal menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.
Mikel Oyarzabal kemudian memperoleh peluang terbaik pasukan itu, namun rembatannya tepat ke dakapan Martinez.
Menjelang tamat babak pertama, pemain baharu Real Madrid, Marc Cucurella pula hampir menceriakan penyokong Sepanyol, namun percubaannya sekadar melepasi pintu gol Argentina.
Argentina yang diketuai Lionel Messi turut cuba mengancam menerusi beberapa serangan balas, namun benteng pertahanan Sepanyol berjaya mengekang segala percubaan.
Skuad kendalian Lionel Scaloni memburu gelaran Piala Dunia keempat dalam sejarah, manakala Sepanyol mengimpikan kejuaraan kedua selepas kejayaan mereka pada edisi 2010 di Afrika Selatan
© New Straits Times Press (M) Bhd




