Amman: Jordan yang menamatkan penampilan sulung mereka di Piala Dunia dengan tiga kekalahan dalam peringkat kumpulan melantik bekas penjaga gol dan jurulatih Maghribi, Ezzaki Badou sebagai pengurus pasukan kebangsaan dengan kontrak selama setahun, menurut Persatuan Bolasepak Jordan (JFA), hari ini.
Badou, yang menjadi kapten Maghribi ketika kempen Piala Dunia 1986 memulakan kerjaya kejurulatihannya pada 1993 ketika berusia 34 tahun.
Beliau pernah mengendalikan pasukan Maghribi dalam dua tempoh berbeza dan membawa mereka ke final Piala Negara-Negara Afrika pada 2004.
Jurulatih berusia 67 tahun itu dilantik sebagai pengurus Niger pada 2023 sebelum meninggalkan jawatan berkenaan untuk menggantikan rakan senegaranya, Jamal Sellami sebagai jurulatih Jordan.
Badou dilantik bagi membuat persiapan pasukan menghadapi Piala Asia tahun depan, dengan Jordan menyasarkan untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama selepas tewas kepada tuan rumah Qatar dalam final edisi lalu, kata JFA dalam satu kenyataan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




