Arsenal balas dendam terhadap Saints

England: Mikel Arteta memuji ketahanan Arsenal ketika mereka membalas dendam tersingkir daripada Piala FA di tangan Southampton dengan kemenangan 3-1 dalam Liga Perdana sebentar tadi.

Skuad Arteta menyaksikan gelaran juara bertahan Piala FA milik mereka ditamatkan menerusi keputusan 1-0 pada pusingan keempat di St Mary Sabtu lalu. Namun Arsenal membalas dengan kejayaan selesa ketika mereka kembali ke Southampton empat hari kemudian.

Tidak memperdulikan gol awal Stuart Armstrong buat tuan rumah, Arsenal kembali di depan pada babak pertama hasil gol Nicolas Pepe dan Bukayo Saka.
Alexandre Lacazette turut meledak pada babak kedua ketika Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menang kali pertama di tempat lawan sejak Arteta mengambil alih pada Disember 2019.

Arsenal kini di kedudukan kelapan selepas kemenangan kelima dalam enam perlawanan terakhir liga, meletakkan mereka di landasan tepat sebelum kunjungan awal pagi Ahad ini berdepan pencabar utama, Manchester United.

Selepas hampir jatuh ke zon penyingkiran pada Disember, Arsenal kini hanya lima mata di belakang empat pasukan teratas. Arteta percaya semuanya kerana kekuatan mental pemainnya.

“Menang perlawanan bola sepak membawa keyakinan. Kami membuat perkara yang betul tetapi tewas perlawanan. Ia menunjukkan kebijaksanaan dan ketahanan daripada pasukan,” kata Arteta. “Kami melepaskan gol daripada sepakan sudut tetapi segera membalas. Kami bagus mengawal bola. Kami keluar daripada masalah dan mendapat peluang besar.” – AFP

Malay News
Sports Desk

Scroll to Top