Arsenal raja 'set piece' EPL

Arsenal raja 'set piece' EPL

sukan@hmetro.com.my

Mungkin peminat neutral tertanya-tanya apa istimewanya Arsenal hingga selesa di takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Terbaru, kelab yang naik pangkat ke EPL, Burnley menjadi mangsa anak buah Mikel Arteta selepaa tewas 0-2 di laman sendiri awal pagi tadi.

Senjata utama skuad The Gunners amat jelas, memanfaatkan sepenuhnya kehebatan menyempurnakan gerakan ‘set piece’ atau bola mati untuk membolosi gawang lawan.

Namakan apa saja gerakan bola mati Arsenal sentiasa berbahaya sama ada sepakan penjuru, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.

Mereka sedar set piece boleh menjadi kunci kemenangan pasukan. Ini kerana ketika bertemu lawan seimbang sudah tentu peluang terhad menerusi permainan terbuka, manakala berdepan kelab kerdil ruang menyerang kecil kerana kebanyakannya bertahan sambil menanti peluang serangan balas.

Skrip sama berulang di Burnley spabila Arsenal menjaringkan gol pertama menerusi gerakan penjuru yang disudahkan penyerangnya, Victor Gyokeres.

Watak utama juga sama. Tonggak tengah Declan Rice mengambil sepakan sudut mencari bek tengah tinggi lampai Brazil, Gabriel Magalhaes yang kembali menghantar ke kawasan bahaya sebelum mudah disempurnakan Gyoketes.

Ini bermakna Arsenal sudah menjaringkan 12 gol menerusi gerakan bola mati, iaitu dua pertiga daripada 18 gol keseluruhan setakat iini, rekod terbaik di EPL musim ini.

Tapi kelab utara London itu juga berkemampuan meledak gol menerusi situasi terbuka seperti gerakan gol kedua yang disempurnakan menerusi tandukan cantik Rice.

Lebih menyulitkan lawan, kubu Gunners kekal kebal apabila hanya baru dlibolosi tiga gol selepaa 10 perlawanan.

Permulaan sempurna buat Arsenal. Mungkin ini adalah petanda musim ini milik Martin Odegaard dan rakan-rakan selepas kecewa di tempat kedua tiga kali berturut-turut sejak.musim 2022/23.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top