Arsenal tagih khidmat Aubameyang

Arsenal tagih khidmat Aubameyang

LONDON: Bintang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang boleh diturunkan untuk aksi separuh akhir Liga Europa esok – walaupun belum cergas sepenuhnya selepas dijangkiti malaria.

Aubameyang tidak beraksi untuk Gunners sejak awal bulan ini selepas menghidap penyakit berkenaan ketika tugasan antarabangsa bersama Gabon.

Pemain 31 tahun itu kembali menjalani latihan tetapi masih bergelut mencapai tahap kecergasan keseluruhan.

Namun dengan Alexandre Lacazette cedera dan pengendali Mikel Arteta hanya mempunyai penyerang muda sebagai pilihan, khidmat Aubameyang pasti ditagih pada pertemuan dengan Villareal esok.

Kepulangannya akan memberi kelebihan buat skuad kendalian Arteta pada pusingan pertama separuh akhir ini. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top