Artis Lelaki Berusia 41 Tahun Ditahan Di Cyberjaya, Didakwa Miliki Ganja

Artis Lelaki Berusia 41 Tahun Ditahan Di Cyberjaya, Didakwa Miliki Ganja

Seorang selebriti tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan yang dilakukan di kediamaannya di Cyberjaya, pada Sabtu.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, artis itu ditahan ditahan oleh sepasukaj anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu Pejabat Polis Darah Sepang kira-kira jam 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya.

Menerusi ujian saringan kencing, Norhizam mendapati selebriti tersebut positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.

Sumber: Bernama

Scroll to Top