Artis Nasyid Terkenal Curang? ‘Kantoi’ Jalan Pegang Tangan Persis Suami Isteri

Artis Nasyid Terkenal Curang? ‘Kantoi’ Jalan Pegang Tangan Persis Suami Isteri

Seorang artis nasyid terkenal dipercayai memiliki latar belakang pendidikan tinggi didakwa berlaku curang terhadap isterinya apabila kantoi keluar berdua-duaan bersama seorang wanita.

Difahamkan, ketika kejadian, isterinya sedang berada di luar negara atas urusan tertentu dimana artis tersebut didakwa mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan wanita berkenaan.

Menurut sumber Harian Metro, dia terserempak dengan artis berkenaan dan seorang wanita lingkungan usia 30-an di sebuah pusat beli-belah terkenal, baru-baru ini.

“Mereka memakai pakaian sedondon dan berjalan berpegangan tangan seperti pasangan suami isteri. Setahu saya, isterinya kini berada di luar negara.

“Saya cuba merakam situasi itu, namun agak jauh kerana terkejut melihat seorang artis nasyid berkelakuan sedemikian,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai peminat irama nasyid tanah air.

Tambahnya, dia cuba mengekori pasangan itu untuk mendapatkan rakaman yang lebih jelas tetapi tidak berjaya.

“Artis tersebut kemudian masuk ke tandas dan wanita itu menunggu di hadapan. Saya perasan wanita itu seperti mengesyaki sesuatu terhadap saya, lalu saya beredar ke tempat lain.

“Apabila saya kembali, mereka sudah tiada. Saya cuba mencari sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menjumpai mereka. Mungkin mereka masuk ke restoran atau sudah naik lif,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top