WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengulangi pendiriannya yang berkecuali pada hari Jumaat berhubung pertikaian kedaulatan ke atas Kepulauan Falkland antara Argentina dan United Kingdom (UK), menurut jurucakap Jabatan Negara AS.
“Kedudukan kami mengenai kepulauan itu kekal berkecuali. Kami mengakui terdapat tuntutan kedaulatan yang bertindih antara Argentina dan UK,” kata jurucakap itu.
Jurucakap itu menambah bahawa AS mengiktiraf pentadbiran de facto oleh UK ke atas kepulauan tersebut tanpa memihak kepada mana-mana tuntutan kedaulatan.
Menuntut kedaulatan ke atas Kepulauan Falkland telah lama menjadi slogan yang digunakan oleh setiap kerajaan Argentina, yang hampir pasti mendapat sambutan popular.
Terdapat sebuah plak khas di Istana Presiden Argentina yang didedikasikan untuk kepulauan itu yang rakyat negara tersebut menyebutnya sebagai Malvinas dipasang di lokasi utama.
Pada Jumaat, Presiden Argentina Javier Milei, sekutu kepada Presiden AS, Donald Trump, menulis dalam huruf besar di media sosial: “Malvinas adalah, akan kekal dan sentiasa menjadi milik Argentina.”
Argentina dan UK pernah berperang pada tahun 1982 berhubung Kepulauan Falkland. Ia berlaku selepas Argentina gagal dalam usaha merampas kepulauan tersebut.
Kira-kira 650 askar Argentina dan 255 anggota tentera Britain terkorban. Ia berl;aku sebelum Argentina menyerah kalah kepada UK.
Kepulauan Falkland berada di bawah pemerintahan UK sejak 1833, namun Argentina secara sejarah mendakwa ia mempunyai hak ke atasnya atas alasan mewarisinya daripada Empayar Sepanyol dan kedudukan kepulauan itu yang dekat dengannya.
Pada 1982, konflik selama 10 minggu antara UK dan Argentina tercetus apabila diktator tentera Argentina ketika itu, Leopoldo Galtieri mengarahkan tenteranya menyerang kepulauan tersebut.
Kerajaan Perdana Menteri UK ketika itu, Margaret Thatcher, menghantar armada tentera laut untuk merampas semula kepulauan berkenaan.- AFP/AGENSI




