AS-Israel vs Iran: Gendang perang kian memuncak

AS-Israel vs Iran: Gendang perang kian memuncak

– Advertisement –

PERKEMBANGAN mutakhir menunjukkan perang antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Republik Islam Iran sudah tidak dapat dielakkan.

Amerika Syarikat mesti menghapuskan Iran yang menjadi ancaman utama ke atas Israel.

Sekarang adalah masa terbaik setelah proksi Iran iaitu HAMAS, Hizbullah dan Syria berjaya dilemahkan setelah menerima pukulan hebat sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023.

Amerika Syarikat terus memperkukuhkan ketumbukan tentera di Timur Tengah dan sekitarnya bagi memulakan operasi serangan ke atas Iran pada bila-bila masa.

Sehingga kini tiga kapal induk serta pelbagai aset strategik seperti jet pengebom dan kumpulan kapal perang sedang bersedia untuk melakukan serangan.

Pelbagai sistem pertahan udara juga telah dipindahkan ke pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat bagi menghadapi serangan Iran.

Media Israel melaporkan serangan yang akan berlaku bukan sahaja menyasarkan loji nuklear Iran bahkan bakal merubah landskap politik Timur Tengah keseluruhannya yang membawa kepada perubahan ‘rejim’ di Iran.

Ayatullah Ali Khamanei serta pimpinan tertinggi Iran membuat kenyataan bahawa Iran tidak akan berdiam diri dan bakal menyerang balas jika negaranya diceroboh.

Panglima Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengancam akan menyerang pengkalan tentera Amerika Syarikat dan Britain di kepulauan Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Presiden Rusia, Vladirmir Putin memberi amaran bahawa serangan ke atas Iran akan membawa kesan buruk yang amat dahsyat.

Jika peperangan ini bermula, adakah Rusia dan China yang merupakan rakan sekutu Iran akan berdiam diri atau akan memulakan langkah ke arah Perang Dunia Ketiga? Apa yang pasti dunia berada di persimpangan yang sangat mendebarkan.

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi
Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 3/4/2025

– Advertisement –

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Scroll to Top