
Pada 7 April lalu, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata. Gambar hiasan
MOSCOW – Amerika Syarikat (AS) mengetepikan Israel daripada rundingan mengenai Iran, dengan akses terhad kepada maklumat, menurut laporan The New York Times pada Sabtu, memetik pegawai Israel yang tidak dinamakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Susulan kekurangan maklumat daripada sekutu terdekatnya, pihak Israel terpaksa mengumpul apa sahaja yang boleh mereka perolehi mengenai perbincangan antara Washington dan Tehran melalui hubungan mereka dengan pemimpin serantau dan diplomat, serta menerusi pengawasan mereka sendiri di dalam Iran, kata akhbar itu.
Seorang Pegawai AS memberitahu akhbar itu Presiden Donald Trump melihat Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu sebagai sekutu tentera namun bukan sebagai rakan rapat dalam rundingan.
Pada 28 Februari, AS dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat. Pada 7 April, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata. Rundingan berikutnya di Islamabad berakhir tanpa kata sepakat. – Bernama



