Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000

Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000
Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000

Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berkumpul di lokasi sebuah bangunan rosak yang menjadi sasaran serangan Israel di kem pelarian Maghazi, tengah Semenanjung Gaza. Foto AFP

GAZA – Angka kematian di Semenanjung Gaza mencecah 72,783 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan majoriti mangsa ialah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan.

Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera.

Angka berkenaan bukan jumlah yang tepat, memandangkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat, menurut WAFA. .

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, jumlah mereka yang terbunuh dan cedera masing-masing mencecah 890 dan 2,677.

Sekurang-kurangnya 776 mayat turut ditemui di bawah runtuhan. – Bernama-WAFA

 

 

Scroll to Top