Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
Jual Tudung Bukan ‘Back Up’ Karier Seni – Mira Filzah
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
ARTIKEL BERKAITAN: “Tudung Bagi Nampak Macam ‘Puan Amirah’ Sikit”, Mira Filzah Akur Kehendak Suami Tapis Penampilannya
Mula Sebagai Hobi, Suka-Suka Je
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
MF Garap Konsep , ‘Stail’ Selesa Tanpa Jejas Gaya
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sumber Foto: Instagram Mira Filzah
ARTIKEL BERKAITAN: Ekspresi Keperibadian Yang Anggun, Mira Filzah Perlukan Keselesaan Setiap Helaian Yang Digayakan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Setiap anak Adam pasti pernah melakukan dosa. Sebaik-baiknya menyesali dosa yang dilakukan dengan cara taubat nasuha.
Allah SWT sangat menyukai kepada hambaNya yang bertaubat. Satu-satunya pintu yang tidak akan tertutup ialah pintu taubat kepada Allah SWT.
Pelaku taubat itu akan rasa malu, sentiasa mengalirkan air mata dan menyesal akibat dosa yang dilakukan pada masa lalu.
Solat taubat mesti dilakukan selalu. Sampai hati terasa lapang, rasa bersih, barulah rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati macam seronok. Tidak mahu lagi buat dosa-dosa lama. In Shaa Allah itu tandanya taubat Allah sudah terima.
Solat taubat elok dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambil wuduk. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila sudah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek sahaja.. Baca seberapa banyak kita hendak sampai hati betul-betul tenang.. Kemudian barulah berniat..
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala)
1.Baca doa Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
2. Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yang tak hafal Surah ini, boleh baca Surah al-Ikhlas)
3.Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s.
“La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ini dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.
Sujudlah lama-lama.. Lepas itu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang.
“AstaghfiruLLaHhal’adziim /
️AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.”
*Baca seberapa banyak yang kita mahu. Baca sampai hati rasa lemah.
*Bila rasa sudah cukup kita Istighfar, baru doa. Bila berdoa, kita mestilah betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita.. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.
Sebagai permulaan, baca doa sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yang terbuku dihati. Menangislah. Merayulah. Mohon Allah ampunkan dosa.
*Bayangkan kita cuma ada satu sahaja peluang ini untuk meminta ampun dengan Allah.
*Bayangkan Malaikat Izrail sudah ada di belakang kita hendak hendak mencabut nyawa. Sekejap lagi kita akan mati. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?
*Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa. Selepas selesai berdoa, tutuplah doa kita itu dengan;
“Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar”
Selepas itu duduk diam atas sejadah. Ambil masa 10 minit. Muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki selepas ni.
Imam al-Ghazali ada berkata,
Tanda hati kita sudah mula hitam:
*Bila kita buat dosa, kita tidak rasa bersalah.
*Hilang kemanisan beribadah.
*Hati tidak makan nasihat.
HIJABISTA: Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa di rumah. Cubalah lakukan solat taubat ini. Kita sucikan diri sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Sumber kredit: Einie Noraini
Download seeNI sekarang!
Viral bebeberapa hari lepas apabila seorang pengulas fesyen menyelar mereka yang berbadan besar untuk tidak hadir ke majlis pertunjukkan fesyen. Ini kerana menurutnya daging berlebihan di kiri kanan peha akan terlepas pada kerusi bersebelahan menyebabkan orang yang duduk di situ tidak akan rasa selesa. Ramai yang mengecam kenyataan berani dari pengulas fesyen wanita ini.
Tidak salah sebenarnya mereka yang berbadan besar untuk hadir ke majlis sebegitu, asalkan tahu cara atau etika berpakaian yang sesuai. Diambil dari blog Lala Rahim yang sudah 9 tahun dalam dunia blogger, memberi tip fesyen bagaimana sesuai untuk mereka yang berbadan besar supaya nampak kurus.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka bertubuh Plus Size memilih pakaian bersesuaian dan tidak akan diperlekehkan atau rendah diri dalam setiap majlis yang dihadiri.
Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.
1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.
2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.
3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar.
4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.
Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.
5) Nak pakai jeans atau skirt?
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya! Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.
SUMBER: INSTAGRAM ZAITON FUAD & BLOG LALARAHIM.BLOGSPOT.MY
Download seeNI sekarang!
Walaupun anda bukan seorang influencer kecantikan di media sosial yang mementingkan gambaran insta-worthy, mencuci muka tetap penting untuk menjaga kulit wajah anda. Pembersihan harian menghilangkan kotoran yang menyumbat pori-pori, membantu menghentikan kerosakan dan mengatur tahap kemampuan untuk produk kecantikan anda seperti toner, esen, serum untuk melakukan pengangkatan berat cucian.
Begitu banyak produk baru yang mempunyai lapisan pilihan, memang mudah membingungkan anda, namun asasny adalah mencuci muka, contohnya seberapa kerap anda harus mencuci muka. Walaupun itu bukan ukuran sains yang tepat, ada beberapa perkara yang dapat membantu menghilangkan kekeliruan.
Ini yang patut anda tahu tentang kekerapan mencuci muka
Anda harus mencuci muka dua kali sehari
Mencuci pada waktu malam – Semua peluh, minyak, kulit mati, dan pelindung matahari perlu mendapat kenaikan. Tetapi walaupun 8 jam berikut akan dihabiskan hanya dengan tidur, tetap penting untuk membersihkan wajah anda pada waktu pagi. Malam adalah tempoh pemulihan kulit, dan sementara ia memulihkan dirinya sendiri, anda berpeluh dan kulit anda menumpahkan sel-sel kulit.
Produk penjagaan kulit pagi anda akan berfungsi dengan lebih baik apabila digunakan pada permukaan yang prima: Cara yang baik ini untuk meremajakan kulit anda dan mulakan dengan batu bersih sebelum anda melakukan rutin pagi sepenuhnya.
Ganti formula rawatan dengan yang lebih lembut.
Bagi mereka yang mempunyai kulit normal, pakar dermatologi mengesyorkan menggunakan rawatan pembersih dengan asid salisilat atau asid glikolik atau laktik untuk memberi kulit peningkatan cahaya sekali sehari dan kemudian mengambil pendekatan yang lebih ringan untuk anda pembersihan lain. Menggunakan cucian ringan seperti susu atau krim yang tidak berbuih sekali sehari akan membantu anda mengelakkan kulit terlalu kering dan mengeringkannya.
Pakar kecantikan mengesyorkan penggunaan produk yang lebih aktif pada waktu malam, menjimatkan formula yang lebih lembut untuk A.M. Menggunakan bahan aktif yang lebih agresif sebelum tidur akan benar-benar masuk ke dalamnya dan membuang semua perkara yang melekat pada kulit anda sepanjang hari,” katanya.
Pembersih lembut untuk pagi
- Cetaphil Gentle Skin Cleanser – Formula klasik ini adalah pembersih yang lembut.
- Olay Sensitive Facial Cleanser – Diselitkan dengan aloe dan timun untuk menenangkan kulit yang mudah teriritasi.
- Fresh Soy Face Cleanser – Yang ini menghilangkan solekan dengan lembut tanpa terlalu kering.
- CLEANSE Facial Cleansing Wipes – Tisu basah gen seterusnya dengan akar chamomile dan marshmallow untuk penyingkiran solekan ringan.
… Kecuali anda mempunyai kulit berminyak atau sensitif.
Adakah zon-T anda merupakan permukaan pantulan menjelang tengah hari? Jenis yang sangat berminyak harus dipertimbangkan untuk menggunakan pembersih berasaskan asid aktif pagi dan malam. Pastikan anda memakai pelindung matahari secara konsisten. Beberapa tindakan rawatan boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap kerosakan sinar UV, jadi titik ini sangat penting.
Di sisi lain, jika kulit anda menjadi merah ketika terkena buih, semua yang anda mahu lupakan bahan yang berpotensi menjengkelkan sama sekali dan gunakan produk lembut untuk kedua-dua pencucian.
Pembersih rawatan untuk waktu petang
- The INKEY List Salicylic Acid Acne + Pore Cleanser – Asid salisilik dalam pencuci berbuih ini mengatasi jerawat.
- iS Clinical Cleansing Complex – Pencuci muka ini mempunyai antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan.
- Origins GinZing Refreshing Scrub Cleanser – Manik jojoba kecil dengan lembut menghilangkan sel kulit mati yang kusam.
- L’Oreal Paris Purify & Mattify Pure Clay Cleanser – Cucian yang boleh berubah dari tanah liat menjadi mousse yang kaya.
Trik mencuci selama 60 saat
Tidak seperti peraturan dua minit untuk menggosok gigi, tidak ada had masa yang jelas di sini. Tetapi kedua Linkner dan Henry berpendapat satu minit akan mencukupi. “Anda tidak boleh meletakkan sesuatu di kulit anda dan membilasnya,” tegas Linkner. “Anda tidak akan melihat banyak peningkatan dengan itu.” Sebagai gantinya, dia mengesyorkan mengurut pembersih ke wajah anda dengan hujung jari anda dengan gerakan bulat, dengan memberi tumpuan kepada bidang tempat anda memakai solek.
Mengelupas untuk faedah tambahan
Helo, nama saya Brian, dan saya orang yang suka mengelupas. Dan saya tidak bersendirian. “Saya menumpukan pada pengelupasan, walaupun dalam jenis sensitif, jadi saya suka menggunakan beberapa jenis alat ketika saya mencuci muka – dan saya menganggap itu adalah kain lap,” kata Henry. Ini adalah pertaruhan yang selamat untuk semua orang kerana memberikan sedikit pengelupasan fizikal tanpa kerengsaan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Skrub Muka Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan Tips Pengelupasan Muka Khas Untuk Newbies
Pakar kecantikan mengesyorkan mengganti pengelupasan dengan kain setiap malam dan menggunakan hujung jari anda pada waktu pagi. “Ia sangat membantu dengan sisa jerawat serta membantu kulit anda menanggalkan sel mati dan membiarkan kulit anda kelihatan lebih bercahaya,” jelasnya. “Ini juga akan membantu merangsang sedikit pengeluaran kolagen.”
Ya, anda boleh mencuci muka terlalu kerap.
Perkara yang sering dilihat pada anda yang rawan berjerawat. Salah satu mitos terbesar mengenai jerawat adalah ia berkaitan dengan kebersihan yang teruk. Mereka mencuci muka empat hingga lima kali sehari. Ini membahayakan penghalang kulit anda, mereka berhenti menggunakan ubat jerawat mereka, itu hanya kitaran ganas yang besar. ”
Berpegang teguh pada peraturan dua kali sehari dan anda semestinya OK.
Download seeNI sekarang!