COVENTRY, United Kingdom, June 10, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) — TrueCommerce, sebuah penyedia awan global terkemuka bagi kesalinghubungan rantaian bekalan dan rakan perdagangan, integrasi dan penyelesaian semua saluran (omnichannel), telah mengumumkan pada hari ini bahawa Asda kini menggunakan penyelesaian pembolehan pembekal berasaskan EDI TrueCommerce untuk mengurus komunikasi pembekal.

Sebagai rantaian pasar raya yang ketiga terbesar di UK, Asda mengendalikan lebih daripada 600 kedai runcit. Jenama ini juga menawarkan produknya secara dalam talian melalui Asda.com, yang memberi khidmat kepada 98% daripada rumah di UK. Untuk berbuat demikian, Asda disokong oleh 37 pusat pengedaran dan pemenuhan serta ribuan pembekal.

Pada bulan Februari 2021, Asda dijual oleh Walmart kepada Issa Brothers dan TDR Capital. Jualan itu membawa kepada tindakan Asda untuk memilih penyedia EDI baharu yang akan menyokong masa depannya sebagai sebuah perniagaan lengkap: TrueCommerce.

“TrueCommerce merupakan sebahagian daripada proses RFP yang komprehensif dan telah dipilih berdasarkan empat faktor yang penting: kebolehannya untuk memahami dan memenuhi keperluan keupayaan Asda, keyakinannya dalam mematuhi garis masa program, pengetahuan dan kepakarannya yang mendalam, dan daya saing komersial keseluruhannya,” kata Jenny Hopkins, Pengarah Kanan Asda.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, TrueCommerce akan melaksanakan suatu platform pembolehan pembekal yang memenuhi keperluan lebih daripada 2,000 pembekal yang membentuk seluruh komuniti pembekal Asda, dengan integrasi ke dalam sistem ERP SAP perniagaan itu. Sebagai Rakan Perak SAP, penyelesaian TrueCommerce menawarkan integrasi dan automasi tahap tertinggi dengan sistem SAP.

Penyelesaian yang ditawarkan oleh TrueCommerce menampilkan keupayaan penting yang akan membolehkan ribuan pembekal Asda, tanpa menghiraukan saiz dan kematangan teknikalnya untuk berkomunikasi dengan peruncit dengan mudah. Di samping menyokong transaksi EDI, platform pembolehan pembekal juga merangkumi portal EDI web untuk kegunaan vendor tidak berupaya EDI. Platform TrueCommerce juga merangkumi suai tugas pembekal terurus sepenuhnya dan pengurusan komunikasi untuk pertanyaan pembekal berkaitan EDI.

Kepakaran TrueCommerce dalam pasaran dan pengalamannya dalam pengurusan komunikasi rantaian bekalan yang rumit bagi perniagaan peringkat perusahaan akan membolehkan peralihan yang lancar untuk Asda dan komuniti pembekalnya. Ia akan menggalakkan kadar penerimaan yang lebih tinggi, yang seterusnya akan menguatkan usaha komunikasi pembekal yang sedang dijalankan oleh syarikat.

Jenny menekankan bahawa, “Dengan berganding bahu bersama TrueCommerce, Asda akan menawarkan program EDI yang kuat, stabil, boleh dipercayai sepenuhnya dan diurus dengan cemerlang kepada pembekal Asda kami yang amat dihargai, walau bagaimana besar atau kecil pun saiznya!”

David Grosvenor, Pengarah Urusan, TrueCommerce Eropah berkata, “Saya berterima kasih kepada Jenny dan pasukan di Asda atas kerjasama mereka dalam proses ini. Pasukan kami di TrueCommerce amat gembira untuk mula bekerjasama dengan Asda dan membantu memperkukuh perniagaannya dalam sektor runcit UK.”

Perihal Asda Stores Ltd

Diasaskan pada tahun 1960-an di Yorkshire, Asda merupakan pasar raya yang ketiga terbesar di Britain. Rakan sekerja yang berdedikasi melayan pelanggan daripada rangkaian kedai dan perkhidmatan dalam taliannya, termasuk pusat raya (supercentre), kedai raya (superstore), pasar raya, living store, stesen minyak dan depot di seluruh UK. Asda telah diambil alih oleh Issa TDR daripada Walmart pada tahun 2020.

Perihal TrueCommerce

TrueCommerce ialah cara yang paling sempurna untuk menghubungkan perniagaan anda merentasi rantaian bekalan, mengintegrasikan kesemuanya daripada EDI hingga pengurusan inventori, sehinggalah ke pemenuhan, muka kedai digital dan pasaran. Kami telah merevolusikan ketampakan dan jalinan kerjasama rantaian bekalan dengan membantu organisasi memanfaatkan sebaik-baiknya inisiatif semua saluran melalui kesalinghubungan Perangkai Padan (P2P), pengurusan pesanan, penambahan semula kolaboratif, pemenuhan cerdas, analisis rentas fungsi dan pengurusan maklumat produk.

Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce boleh menyambungkan perniagaan kepada lebih daripada 160,000 peruncit, pengedar dan pembekal perkhidmatan logistik. Sebagai pembekal perkhidmatan terurus sepenuhnya, kami juga mengurus penyertaan rakan kongsi perdagangan baharu, serta pengurusan berterusan bagi pemetaan khusus rakan kongsi, perubahan pelabelan dan pemantauan komunikasi. Oleh sebab itu, ribuan syarikat—daripada syarikat pemula sehinggalah syarikat Fortune 100 global, merentasi pelbagai industri—bergantung kepada kami.

TrueCommerce: Berniaga dalam semua arah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati TrueCommerce

Hubungan Media 
Yegor Kuznetsov, TrueCommerce
703-209-0167
yegor.kuznetsov@truecommerce.com