ASNB Akhirnya Umum Agihan Pendapatan ASB Untuk Tahun 2024 | Oh! Media

ASNB Akhirnya Umum Agihan Pendapatan ASB Untuk Tahun 2024 | Oh! Media

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. 

Menurut laporan Sinar Harian, agihan ini terdiri daripada 5.50 sen seunit sebagai pengagihan pendapatan biasa, serta 0.25 sen seunit sebagai bonus.

RM10.1 bilion dimanfaatkan oleh pemegang unit

Menurut kenyataan ASNB, agihan pendapatan tahun ini berjumlah RM10.1 bilion, memanfaatkan seramai 11.1 juta pemegang unit ASB

Pengagihan ini disifatkan kekal kompetitif, malah mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang hanya berada pada kadar 2.64% seunit.

Prestasi tetap stabil

ASNB menjelaskan bahawa pengagihan pendapatan ini mencerminkan keupayaan mereka untuk mengekalkan kestabilan pulangan kepada pelabur meskipun berdepan cabaran ekonomi.

 Kami akan terus memastikan pelabur mendapat manfaat optimum melalui strategi pelaburan mampan.

#OhmediaNasihat

Pelaburan dalam unit amanah seperti ASB adalah pilihan bijak untuk simpanan jangka panjang. Namun, pastikan korang sentiasa memahami risiko dan pulangan sebelum melabur. Mulakan perancangan kewangan sekarang untuk masa depan yang lebih stabil.


Scroll to Top