Atikah Suhaime Hadiahkan Diri Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

Atikah Suhaime Hadiahkan Diri Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

Pelakon, Datin Atikah Suhaime kini semakin aktif bersenam bagi menurunkan berat badan selepas melahirkan anak pertama, Lyla Mulan Teh, pada Mac lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Atikah atau nama sebenar, Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, mendedahkan dia menghadiahkan diri sendiri dengan aksesori emas sebagai ganjaran setiap kali berjaya melakukan senaman berat.

Atikah berkata dia lebih gemar membeli barang kemas berbanding menjamu selera dengan makanan manis seperti pencuci mulut.

“Reward diri sendiri dengan gelang baru. Setiap kali workout kuat, instead of cari dessert manis untuk reward, saya beli emas. Jadi nanti saya bukan saja kurus, tapi kurus bling-bling.

“Saya pun ada beli anting-anting juga. Rasa macam makcik-makcik, obses dengan barang kemas pula,” ujarnya berseloroh.

Scroll to Top