“Atikah Tak Henti Menangis, Salahkan Diri”

“Atikah Tak Henti Menangis, Salahkan Diri”

Suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh menyifatkan kejadian menimpa anak mereka, Lyla Mulan Teh yang terjatuh dari buai elektrik sebagai satu pengajaran buat mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Lokman meluahkan rasa syukur anaknya dalam keadaan baik-baik saja dan tidak mengalami kecederaan serius daripada insiden berkenaan.

BACA: Anak Terjatuh Buaian Elektrik, Atikah Suhaime Rasa Gagal Jadi Ibu

“Kejadian itu menjadi satu pengajaran buat saya dan isteri sebagai ibu bapa. Buaian elektrik anak tiba-tiba jatuh dan putus ketika Mulan sedang tidur.

“Nasib baik di bawahnya ada selimut dan bantal, jadi bila dia jatuh terlentang masih selamat. Cuma mesin buai itu jatuh terkena muka dia.

“Hati saya luluh melihat wajahnya lebam. Kami terus bawa ke hospital untuk diperiksa dan Alhamdulillah, impaknya tidaklah terlalu teruk.

“Sebagai ibu bapa, memang perit rasanya melihat sesuatu yang tak mampu kami elakkan. Tapi dengan izin Allah ia hanya cedera ringan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Lokman berkata dia sudah cuba menenangkan isterinya namun Atikah tidak berhenti menangis dan terus menyalahkan diri sendiri.

“Saya dah beritahu Atikah dan maklumkan yang dia tak gagal sebagai seorang ibu. Saya juga kata ini bukan salah dia tapi dia tak berhenti-henti menangis.


Scroll to Top