Aufahanie kecewa diminta buat ‘paid review’ -“Saya baru kehilangan ahli keluarga”

Aufahanie kecewa diminta buat ‘paid review’ -“Saya baru kehilangan ahli keluarga”

Penyanyi, Aufahanie kecewa diminta buat paid review sewaktu kondisi diri dan keluarga masih berduka diatas pemergian ahli keluarga secara mengejut tempoh hari.

Aufahanie menerusi muat naik Insta Story menyatakan pada awalnya dia tidak merasa terganggu dengan perkara itu, namun ia semakin menjadi-jadi apabila banyak produk menghubunginya menerusi direct message (DM) meminta membuat ulasan.

Aufahanie kecewa ada pihak kurang common sense

Ujarnya, dia baru sahaja kehilangan abang tersayang, Nadzi Afham, 23 dan akaun Instagramnya dicari ramai kerana mahu mengetahui tentang perkembangan allahyarham.

Namun begitu, sesetengah pihak yang tiada common sense telah menjadikannya sebagai satu ‘peluang’ memandangkan engagement miliknya sedang tinggi bagi mempromosikan produk.

“Saya baru kehilangan ahli keluarga. Akaun (media sosial) saya dicari untuk perkembangan abang saya. Bukan saya viral sebab benda lain.
“Di manakah akal fikiran anda? Mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang demi kepentingan jenama anda?” tulisnya.

aufahanie kecewa

Artikel lain: Air mata Aufahanie habis, sebak jasad abang ditemui tak bernyawa-“Bahagialah di syurga..”

Aufahanie kecewa, diri seperti dipaksa untuk bekerjasama

Dalam pada itu, dia juga mengakui bengang apabila seperti dipaksa oleh jenama-jenama tersebut untuk bekerjasama dengannya tanpa memikirkan situasi yang sedang dihadapi.

“Perkara ini sangat tidak boleh diterima. Dari TikTok hingga ke Instagram, dua tiga kali jenama ini mesej saya untuk kolaborasi kempen seolah-olah memaksa.
“Jadi saya rasa saya perlu bersuara supaya anda faham ini tidak patut berlaku. Tolong jadi profesional
“Takkan tak ada seorang pun pasukan perhubungan awam (PR) anda yang tahu perkara ini tidak patut berlaku? Kecewa saya,” luahnya.

Aufahanie kecewa

Terdahulu, abang kepada Aufahanie yang juga seorang penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar dilaporkan hilang pada Selasa lalu selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman.

Pihak polis telah menemui mayat mangsa terapung berdekatan Jambatan Sungai Klang dan disahkan sebagai Nidza Afham.

Pemergian allahyarham juga telah diklarifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, pada Khamis lalu kira-kira jam 6.45 petang.

Sumber: Instagram Aufahanie

Scroll to Top