“Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

“Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

Pengarah, penerbit dan pelakon, Ahmad Idham meluahkan rasa kurrang senangnya apabila tampil menegur tindakan pelakon baru yang didakwa dibuli oleh rakan artis senior.

Kata Idham, tidak pernah ada isu yang mengatakan pelakon senior membuli pelakon baru seperti yang didakwa.

“Awak merepek apa ni Mat? Bila masa ada isu buli dari pelakon senior ni?,” katanya.

Dalam pada itu, Idham mempersoalkan tindakan artis baru terbabit yang disifatkan sebagai tidak memahami konsep antara buli dengan isu pelakon baru yang tidak faham mengenai apa itu maksud lakonan.

“Mungkin awak tak faham beza antara buli dengan isu pelakon baru macam awak ni tak faham apa itu lakonan,” soalnya.

Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 50, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Bagaimanapun, pengarah filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak menyebut nama mana-mana pihak berkenaan isu yang disuarakannya.

 

Scroll to Top