Trending
Awie terkejut dengan kemelut Amy Search dan Shila Amzah, luah rasa tak percaya Amy bersikap kasar.
Penyanyi rock legenda, Datuk Awie meluahkan rasa terkejut dan terkilan selepas mengetahui kemelut panas antara Datuk Amy Search dan penyanyi Shila Amzah yang kini menjadi bualan hangat netizen.
Menurut laporan Astro Gempak, Awie berkata yang dia tidak mengetahui secara mendalam mengenai isu yang tular itu dan tidak mengikuti kenyataan Shila di media sosial.
Saya tahu Amy yang saya kenal berpuluh tahun, dia bukan begitu… bukan seorang manusia yang meninggikan suara atau herdik orang lain.
“Saya pun taktahu kenapa ia berlaku” – Awie

Awie turut mengakui terkejut apabila mendengar dakwaan bahawa Amy pernah berkelakuan kasar terhadap seseorang dalam kejadian tersebut.
Saya terkejut bila dengar Amy sebegitu. Ini bukan Amy… Tapi hari tu, wallahualam, saya pun tak tahu kenapa ia berlaku.
Tak menyebelahi Shila Amzah atau Amy Search

Meskipun rapat dengan Amy, Awie menegaskan bahawa dia tidak memihak kepada sesiapa dan lebih memilih untuk kekal neutral dalam isu keluarga itu.
Saya tak boleh campur dalam hal rumah tangga orang. Ini isu keluarga, saya tak boleh tentukan siapa betul, siapa salah.
Namun begitu, dia tetap bersedia membantu Amy jika diperlukan.
Kalau perlukan bantuan, bagitahu saya. Insya-Allah saya akan tolong.
Awie seru semua pihak berdamai

Sebagai sahabat dan figura seni yang dihormati, Awie turut menyeru agar semua pihak berdamai dan tidak membiarkan konflik ini terus dijadikan bahan gosip.
“Kalau boleh, berdamailah. Jangan biar benda ni terus diperbesarkan oleh haters. Saya harap Shila dan Amy kembali baik.
Pssttt! Apa pun yang berlaku, hal keluarga seharusnya diselesaikan secara tertutup. Kata-kata boleh melukakan, tapi keikhlasan dalam berdamai mampu menyembuhkan.
Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.