Lelaki hilang sejak Isnin lalu

Lelaki hilang sejak Isnin lalu

am@hmetro.com.my

Kuala Krai : Seorang lelaki dilaporkan hilang di Kampung Kandek, Dabong, selepas tidak pulang ke rumahnya sejak dua hari lalu.

Mangsa, Muhd Safuan Che Mood, 38, disedari tidak pulang ke rumah sejak kelmarin kira-kira jam 11.30 malam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Che Mohd Azwan Che Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki berkenaan pada jam 9.54 pagi, hari ini.

Katanya, adik mangsa, Nur Fauzana membuat laporan kehilangan abangnya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin dan memohon bantuan pihak bomba untuk melakukan pencarian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan sembilan anggota termasuk pegawai yang digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang.

“Setibanya di lokasi, operasi SAR dijalankan bersama penduduk kampung dan pencarian

dilakukan di laluan biasa yang disyaki dilalui mangsa,” katanya.

Katanya, setakat ini operasi SAR masih diteruskan dan belum menemui petunjuk.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top