Ayda Jebat Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah Cecah 4 Bulan

Ayda Jebat Hamil Anak Ketiga, Usia Kandungan Sudah Cecah 4 Bulan

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama suami, pengacara Nabil Mahir.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda mendedahkan berita gembira terbabit dengan memuat naik video mereka sekeluarga.

“Assalamualaikum! 3rd Wuvv Junior is coming.. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pelantun lagu Temberang ini juga mendedahkan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan.

“Ayda sekarang dah 4 months, Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan! Love you guys!” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan itu.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Ana Nayla pada 21 September 2021, diikuti kelahiran anak lelaki kedua, Aali Mateen pada 12 Disember 2023.

Scroll to Top