“Ayden, jadilah lelaki baik, pintar, yang menghormati perempuan” -Bella Astillah

“Ayden, jadilah lelaki baik, pintar, yang menghormati perempuan” -Bella Astillah
“Ayden, jadilah lelaki baik, pintar, yang menghormati perempuan dan melindungi keluarga”

Pesanan yang cukup bermakna dari selebriti, Bella Astillah kepada anak sulungnya, Ayden Adrean sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-7 benar-benar menyentuh hati.

Semoga Ayden menjadi insan berguna kepada semua orang

Dalam ucapan hari lahir tersebut, Bella dengan suara yag tersekat-sekat kerana menahan sebak berharap supaya anak lelakinya itu terus dikuatkan iman serta berguna kepada semua orang yang berada di sekelilingnya.

“Kuatkanlah imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna, yang memberkati orang disekelilingmu dalam segala hal
“Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia” katanya.

Bella Astillah kata jadi pintar, kaya, handsome hanyalah bonus

Tambah pemilik nama sebenar,  Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, menjadi orang yang kaya dan handsome itu hanyalah satu bonus kerana yang jauh lebih penting adalah menjadi seorang yang baik kepada semua orang.

“Menjadi orang yang pintar, kaya, handsome itu adalah bonus, tapi apa yang jauh lebih penting dari semua tu, mummy ingin Ayden jadi orang yang baik, mummy akan sentiasa jadi orang yang baik, yang ikhlas 
“InshaAllah, pasti ramai yang akan menyayangimu dan hidupmu akan lebih tenang. I love you sayang,” ujarnya.

bella astillah

Artikel lain: “Saya tahu Ayden jatuh melalui media sosial, bukan daripada sesiapa” – Aliff Aziz

Bella Astillah akui Ayden adalah ‘cahayanya’ dalam mengharungi hari yang penuh kegelapan

Dalam posting tersebut, bekas isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Aliff Aziz itu telah berkongsi gambar-gambar serta video sejak Ayden dilahirkan sehingga dia kini membesar menjadi anak yang cukup menyenangkan.

Bella juga memuat naik kapsyen menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dengna kehadiran Ayden lebih-lebih lagi sewaktu melalui beberapa episod gelap dalam kehidupannya selama ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan selamat hari lahir buat anak sulung Bella Astillah itu dan berharap agar dia membesar menjadi insan yang berguna.

Mereka juga akui sebak mendengar luahan pelakon terbabit serta doa-doa yang baik buat anak sulungnya itu supaya hidup dalam keadaan tenang sepanjang masa.

Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak pertama Bella Astillah dengan Aliff Aziz. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 4.

Walau bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu buat kali ke-2 pada 13 Jun 2024 selepas pelbagai kontroversi melibatkan mereka serta beberapa pihak menjadi tajuk utama media-media hiburan sejak tahun lalu.

Sumber: Instagram Bella Astillah