Ayu Raudhah Sifatkan Anak Bongsu Pinjaman Syurga, Tak Pernah Menyusahkan Dari Lahir

Ayu Raudhah Sifatkan Anak Bongsu Pinjaman Syurga, Tak Pernah Menyusahkan Dari Lahir

Pelakon, Ayu Raudah menyifatkan Allahyarham anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees seorang anak yang tidak pernah menyusahkan sejak kelahirannya pada 2 Ogos tahun lalu.

Meskipun sukar untuk menerima kehilangan arwah Aisy buat selamanya, isteri kepada bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha itu bagaiamanapun reda dengan ketentuan illahi.

“Pada awalnya dia memang anak dari syurga, dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dia tak pernah menyusahkan, memang baik luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini turut mengenang segala memori terakhir bersama anak bongsunya itu.

“Setiap saat bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil kembali. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak dia,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Zaquan berkongsi berita duka mengenai pemergian anak bongsunya menerima status di Instagram Story (IGs) pada malam, Rabu.

Rozita memaklumkan anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang selepas menerima panggilan keceman daripada Ayu mengatakan Aisy tidak menyedarkan diri.

Jenazah telah menjalani proses bedas siasat di Unit Jabatan Forensik Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk utusan pengebumian.

Pada pagi Rabu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan.

Sekadar info, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khalid, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam, kini berusia 2 tahun.

Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Artikel Berkaitan: Baru Berusia 6 Bulan, Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Sumber: Astro Gempak

Scroll to Top