Azam Baki tiada hasrat masuk bidang politik! Anggap sambung kontrak 3 kali satu penghormatan,

Azam Baki tiada hasrat masuk bidang politik! Anggap sambung kontrak 3 kali satu penghormatan,

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan pelanjutan kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sebagai satu penghormatan besar sepanjang menerajui agensi itu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas kepercayaan yang diberikan sehingga membolehkannya terus memimpin SPRM.

“Seperti mana yang semua tahu, 12 Mei depan adalah tarikh akhir saya.
“Saya ingin berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah memberi kepercayaan kepada saya apabila menyambung kontrak saya sebanyak tiga kali dan ini merupakan satu penghormatan kepada saya,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau secara sinis menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai perancangan untuk menyertai sebarang perhimpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo selepas tamat perkhidmatannya nanti.

“Perancangan saya belum tahu lagi kerana saya masih sihat lagi, boleh joging, naik basikal dan sebagainya.
“Jadi saya tidak akan berhimpun di Sogo akan datang,” katanya.

Artikel lain: Warga SPRM wajib isytihar jika sertai NGO, elak konflik kepentingan – Azam Baki

Mengulas mengenai masa depannya selepas bersara, Azam menegaskan beliau tidak berhasrat menceburi bidang politik kerana mahu terus berbakti dalam kapasiti sebagai pegawai kerajaan sebelum menamatkan perkhidmatan.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa SPRM akan terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman yang akan memulakan tugas pada 13 Mei depan.

“Saya yakin yang kecemerlangan SPRM akan berterusan dipamerkan oleh pegawai saya di bawah kepimpinan baharu,” katanya.

Untuk rekod, Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya, sebelum beberapa kali menerima pelanjutan kontrak sepanjang mengetuai agensi tersebut.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Scroll to Top