Azar Azmi Syukur Mula Terima Tawaran Berlakon

Azar Azmi Syukur Mula Terima Tawaran Berlakon

Pelakon Azar Azmi memberitahu dia mula menerima tawaran berlakon namun belum dapat pastikan tarikh untuk masuk ke set penggambaran.

Memetik Harian Metro, Azar meluahkan rasa syukur di atas tawaran diterima serta menyerahkan kepada pengurusan untuk jadual kerjanya.

BACA: DSV Akui Ada Persamaan Dengan Azar Azmi, Tersilap Pilih Pasangan

“Nak kata banyak (tawaran berlakon diterima), Alhamdulillah ada. Tetapi, saya serahkan semua dekat ‘manager’ untuk menguruskannya.

“Sebab, masuk set (penggambaran) belum lagi, tak pasti bila (masih dalam perancangan). Mengikut kepada pengurus saya.

“Bagaimanapun, ada satu (tawaran berlakon) yang tunggu ‘confirm’ jawapan daripada saya,” katanya.

Sementara itu, Azar berkata dia akan teliti watak diberikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana mahu memberi fokus pada watak yang boleh memberi kesan. 

“Pemilihan-pemilihan (naskhah) itu semua, saya akan ‘check’ (periksa) dulu karekter, saya kena ‘check’ juga perjalanan (cerita) macam mana supaya kita pun tak nak susahkan orang kalau ‘clash date’ dan sebagainya.

“Tetapi, apa yang paling penting adalah karekter. Sebab kalau boleh biar satu karekter itu dulu sekiranya memang saya ada rezeki untuk bawakan.

“Selepas ini, apa-apa karekter saya akan buat dan ambil mana yang memang saya boleh. Sebab biarlah orang kata, satu karekter itu kita dapat bawa dengan kesan yang buat orang terasa. Daripada kita ambil (karekter) asal boleh sahaja, ‘result’ (keputusan) jadi tak cantiklah,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top