Pelakon popular, Azhar Sulaiman mempersoalkan keberadaan duit sumbangan yang telah disalurkan kepada pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Menerusi hantaran di Instagram, Azhar Sulaiman atau lebih mesra dipanggil Behar berkata, ratusan ribu ringgit telah disalurkan kepada pusat tahfiz berkenaan.
“Mana pergi derma RM10 juta, soal waris mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
“Behar kenal sangat ustaz ini dan telah berurusan dengan beliau semasa zaman lockdown PKP dulu.
“Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,” katanya.
Dalam pada itu, Behar juga berkata, sekiranya berlakunya penipuan terhadap wang sumbangan derma yang disalurkan, dia dan penderma yang lain memohon agar balasan yang setimpal diberikan kepada ustaz berkenaan.
“Kalau ustaz telah berlaku curang dengan semua wang derma yang telah disalurkan. Maka, Behar dan geng-geng penderma mohon Allah SWT uruskanlah dia di akhirat kelak,” jelasnya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran berkenaan telahpun dipadam beberapa jam selepas ia dimuat naik.




