Azlee Akhirnya Bersuara Dan Dedah Keadaan Terkini Yassin | Oh! Media

Azlee Akhirnya Bersuara Dan Dedah Keadaan Terkini Yassin | Oh! Media

Anggota kumpulan legenda Senario, Azlee Jaafar akhirnya bersuara selepas diminta mengulas mengenai rakan seperjuangannya, Yassin Yahya yang ‘hilang’ dan senyap dari industri hiburan sejak beberapa bulan lalu.

Azlee mendedahkan bahawa isteri Yassin sendiri ada menghubunginya, memaklumkan bahawa Yassin berada dalam keadaan sihat dan baik.

Yassin berada di tempat yang baik

Kredit foto: Kosmo

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Azlee turut memberi bayangan bahawa dalam beberapa minggu lagi, semua pihak akan menerima berita gembira mengenai Yassin dan mereka berpeluang untuk bersama semula.

Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuknya.

Sebenarnya, saya pun ‘sedih’ sebab kita berpuasa di sini, tapi dia dapat berbuka puasa ‘di sana’ dan betapa beruntung dirinya. Itu adalah rahmat yang Allah beri padanya.-Katanya

Azlee menjelaskan bahawa Yassin kini sedang mendalami ilmu, dan berkemungkinan akan berkongsi serta mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain pada masa akan datang.

Kredit foto: Berita Harian

Dalam pada masa yang sama, Azlee turut menyatakan harapannya agar semua anggota Senario, termasuk Yassin, dapat bersatu semula dan menjayakan konsert berskala besar kumpulan itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada Oktober ini.


Scroll to Top