Azzmi Aziz pengendali baharu Sang Kenari

Azzmi Aziz pengendali baharu Sang Kenari

sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengesahkan bekas jurulatih skuad Kedah, Azzmi Aziz kini dilantik menjadi ketua jurulatih Sang Kenari bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026 yang bakal tiba Ogos ini.

Beliau yang pernah bersama skuad kebangsaan musim 1997 itu pernah menggalas tugas sebagai pengendali sementara untuk pasukan Kedah yang bersaing dalam Piala Malaysia pada musim 2018 dan kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih PDRM FC sebelum mengedalikan skuad Negeri Sembilan FC pada musim lalu.

Kenyataan rasmi dikeluarkan media Sang Kenari itu sekali gus menamatkan spekulasi siapakan pengendali Sang Kenari bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Victor Andrag

“KDA FC dengan bangga mengumumkan pelantikan Azzmi Aziz sebagai ketua jurulatih baharu. Berusia 48 tahun, beliau memiliki lesen AFC Pro dengan pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan pasukan Liga Super, Liga Premier dan skuad Piala Presiden.

“Antara kejayaan beliau adalah membimbing PDRM FC mencatat kemenangan berprofil tinggi dalam Liga Super 2023 selain pernah menjadi Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) dan pengendali Piala Presiden Negeri Sembilan. Ayuh semua, kita bangkit bersama,” katanya.

Azzmi juga akan dibantu oleh tiga barisan kejurulatihan yang terdiri daripada Kamal Daut selaku penolong ketua jurulatih. Turut bersama barisan kejurulatihan itu ialah Ahmad Nizan selaku jurulatih kecergasan dan Abdul Rashid sebagai jurulatih penjaga gol.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top