Drama Cukup Derita Itu yang menghiasi slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Khamis sudah hampir ke penghujungnya.
Cerita berbentuk pergolakan dalam rumah tangga dan kekeluargaan ini dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat Tanah Air seperti Ruhainies, Chacha Maembong, Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias, Mubarak Majid dan ramai lagi.
Namun, pada episod yang ke-38 , watak Pak Mat lakonan Mubarak Majid telah berakhir apabila lelaki itu diceritakan meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan ketika ingin menghantar anaknya pulang ke rumah.
Babak tersebut antara yang paling menyentuh hati kerana melihat ratapan Mak Yek (lakonan Didie Alias) mencium kaki Pak Mat meminta ampun kerana sering berlaku kasar kepada suami ketika lelaki itu masih ada.
Akan tetapi, apa yang menjadi perhatian warganet adalah kondisi kapas di hidung Pak Mat tiba-tiba sahaja terbang kerana pelakonnya bernafas sewaktu berlakon menjadi jenazah.
@zulaikhaieyka3
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok @zulaikhaieyka3 itu mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata berasa terhibur dengan kesilapan tersebut walaupun babak yang sedang dijayakan merupakan babak meruntun jiwa.
Ramai yang mengakui terhibur apabila dengan jelas kapas di hidung Mubarak Majid bergerak-gerak dan terbang apabila dia bernafas.
Kesilapan teknikal yang tidak disengajakan itu dapat ditonton menerusi siaran di TV dan ia seakan mencacatkan sedikit emosi penonton jika perasaan akan kejadian tersebut.




Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menggangu keseluruhan episod itu kerana babak tersebut antara yang ditunggu-tunggu peminat drama berkenaan kerana memberi pengajaran kepada para isteri yang berlaku biadap terhadap suami hanya disebabkan duit.
Drama Cukup Derita itu bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi memandangkan sudah dipuncak cerita. Karya tersebut telah diadaptasi dari novel penulisan Siti Rozmizah Semail iaitu penulis sama untuk novel Tujuh Hari Mncintaimu
Sumber:




