mdroji@bh.com.my
Kuching: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan yang berada dalam tahap bahaya di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan pada jam 12 tengah hari ini.
Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) stesen pemantau kualiti udara di IPD Serian masih merakamkan bacaan IPU tertinggi di negeri ini iaitu sebanyak 396, menurun berbanding 408 pada jam 8 pagi tadi.
Kuching pula merekodkan bacaan 407, diikuti Samarahan (372), Sri Aman (361) dan Sarikei (333).
sekali gus menjadikannya kawasan yang terjejas paling teruk akibat masalah jerebu yang melanda.
Turut mencatatkan bacaan IPU pada tahap bahaya ialah bandar raya Kuching dengan bacaan 389 dan bacaan itu juga menurun berbanding 407 pagi tadi.
Kawasan Samarahan dan Sarikei turut berada dalam julat bacaan berbahaya masing-masing dengan nilai IPU 357 dan 346, menunjukkan penyebaran jerebu yang semakin meluas di pelbagai bahagian Sarawak.
Pagi tadi bacaan IPU di Samarahan mencecah 372 manakala Sarikei 333.
Selain itu, kawasan Sri Aman mencatat bacaan 343 tengah hari ini berbanding 361 pagi tadi.
Bagaimanapun, Sibu pula menunjukkan peningkatan apabila bacaan mencecah 330 berbanding 309 pagi tadi.
Tinjauan dari tingkat 17, Wisma Persekutuan di Bangunan Sultan Iskandar tengah hari ini mendapati keadaan jerebu tebal yang meliputi ruang udara bandar raya Kuching menyebabkan jarak pandangan agak terhad.
© New Straits Times Press (M) Bhd
