Bagaimana Menjana Untung Melalui Dagangan Forex Yang Optima

Bagi mereka yang baru sahaja melangkah masuk ke dunia dagangan forex, sudah pasti akan ada kegelisahan tentang bagaimana untuk menjana untung. Dagangan forex adalah sesuatu yang cukup rumit serta memerlukan perancangan dan penstrategian yang tersangat teliti. Ini kerana kebanyakan pasangan matawang yang diperdagangkan mempunyai taburan yang kecil. Dan setiap kali aset-aset ini bergerak, ianya adalah peluang untuk menjana untung.

Tetapi bagaimana caranya pedagang forex boleh mengambil kesempatan mengaut untung daripada segala jenis pergerakan aset? Dan bagaimana pula mereka membuat unjuran turun-naik harga? Kesemua perkara ini akan kita jawab dalam panduan lengkap ini. Tidak kira apa platform dagangan yang anda gunakan – contohnya MetaTrader 4 – tips-tips di bawah ini pasti akan membantu anda berdagang secara optima.

# 1 Pilih Pasangan Matawang Yang Sesuai

Sumber : superawesomevectors.com

Pemilihan pasangan matawang yang sesuai adalah penting. Ini kerana waktu dagangan di setiap negara adalah berbeza. Akibatnya, waktu aktif matawang besar dari Barat akan jatuh di luar waktu dagangan Asia. Waktu aktif menandakan pergerakan matawang secara besar-besaran. Inilah yang akan menentukan kadar dagangan pada satu-satu masa.

Selain dari itu, anda perlu melihat kepada nilai taburan serta margin yang dijanjikan oleh setiap pasangan matawang. Kedua faktor ini akan mempengaruhi jumlah laba secara langsung. Tambahan pula, setiap dagangan akan ada kos jual-belinya. Untuk mendapatkan kadaran untung yang optima, pastikan kos ini rendah manakala taburan dan volatiliti anda tinggi.

# 2 Gunakan Platform Yang Sesuai

Sumber : olymptradenews.com

Pilihan platform pertukaran asing juga sangat penting. Laman dagangan yang berbeza akan menawarkan fitur yang berbeza. Kaji setiap ciri yang mereka ada dan pilih yang paling sesuai dengan strategi dan pasangan matawang kegemaran anda. Ada juga laman yang menyediakan akaun dagangan mesra-Syariah. Contoh terbaik adalah akaun Islam tanpa swap MetaTrader 4. Cari juga ciri akaun demo untuk memudahkan anda mengujipakai strategi baru.

Selain dari itu, kapasiti petunjuk teknikal yang ada disediakan juga amat penting. Pedagang profesional biasanya akan membuat unjuran berdasarkan data yang didapati hasil kajian beberapa petunjuk teknikal yang berbeza. Fitur tambahan seperti pengetik berita, tutorial dagangan, serta kebolehan salinpakai strategi juga akan membantu menguatkan lagi peluang menjana untung.

#3 Amalkan Strategi Dagangan Yang Sesuai

Sumber : pennmedicine.org

Strategi dagangan yang digunakan haruslah sesuai dengan pasangan matawang yang ingin anda dagangkan. Bagi mereka yang sering menggunakan ciri salinpakai strategi, anda mungkin perlu mengkaji keserasian strategi dengan matawang pilihan anda sebelum mengaplikasikannya. Dengan strategi dan unjuran yang tepat, sudah pasti kebanyakan dagangan anda akan berjaya.

Untuk memilih strategi dagangan yang tepat, anda perlu melihat semula kepada data historik setiap aset yang mahu anda dagangkan. Kaji pola pergerakannya dan kenal pasti strategi dagangan mana yang dapat disuaikan dengan corak turun-naik aset tersebut. Anda juga boleh merumuskan strategi anda sendiri. Namun, adalah disarankan untuk menguji strategi baru anda dengan akaun demo sebelum mencuba di pasaran aktif.

Menjana Untung Forex Mudah Sahaja!

Sumber : freepik.com

Menjana untung besar di pasaran forex sebenarnya tidaklah begitu rumit. Anda cuma perlu arif mengenal pasti ciri-ciri atau strategi yang sesuai untuk memacu aktiviti jual-beli anda ke arah menghasilkan laba. Dan sudah pastinya, waktu dagangan serta pemilihan pasangan pertukaran matawang juga merupakan aspek penting yang akan mempengaruhi nilai pasaran. Tidak lupa juga kos dagangan. Cubalah sedaya upaya untuk mendapatkan yuran transaksi dagangan sekecil yang anda mampu agar segala laba anda tidak terbazir membayar caj-caj seperti ini. Selamat berdagang!

Malay News