Pempengaruh terkenal, Ameera Khan mengaku kekasihnya yang juga aktor popular, Indonesia, Jefri Nichol seorang yang sempurna.
Perkara itu dikongsi adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’ di Instagram miliknya baru-baru ini.
Kata Ameera, Jefri merupakan seorang yang sempurna selain selalu melayannya dengan baik.
Malah, cara bercakap juga lembut dan sentiasa memberi keutamaan kepadanya berbanding perkara lain.
“Pada saya dia sangat sempurna. Dia layan saya dengan baik, bercakap dengan saya pun lembut je, dia membuatkan saya jadi diri sendiri, membuatkan saya rasa selamat, memberi keutamaan kepada saya berbanding hal lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ameera mengakui sikap Jefri yang penyabar dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik sangat-sangat dihargainya.
“Dia juga banyak bersabar, berusaha dan sangat memahami. Dia seorang lelaki yang tak banyak bercakap tapi lebih kepada bertindak dan itu adalah satu yang saya sangat hargai.
“Dia juga seorang yang sangat penyayang dan sentiasa berbangga dengan saya. Memberi sokongan dalam apa jua yang saya lakukan, mempertahankan dan melindungi saya, membuat saya ketawa, dia juga tunjukkan yang dia juga perlukan saya dan dia membuatkan saya puas. Alhamdulillah,” jelasnya.
Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Ameera disoal pengikutnya dari Indonesia yang menunggunya untuk menetap di negara itu.
Namun, Ameera sekadar menjawab ringkas seolah-olah memberikan ‘hint’ perkara itu akan berlaku tidak lama lagi.
“Aamiin. Inshaa-Allah, soon,” tambahnya.





