
Bagnaia (kiri) menjawab soalan ketika Sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat MotoGP di KLCC pada Khamis.
PELUMBA Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia mengintai peluang meraih mata semaksimum mungkin pada perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad ini.
Dalam merealisasikan misinya itu, pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun itu berharap perlumbaan berlangsung di litar kering dengan keadaan cuaca panas.
“Jika diberi pilihan, saya lebih memilih untuk berlumba dalam keadaan cuaca tidak hujan. Saya lebih selesa berlumba di litar yang kering berbanding basah.
“Ini membolehkan saya dapat mempamerkan pecutan yang maksimum,” katanya ketika Sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat MotoGP di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur pada Khamis.



